telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

SAMBUTAN HARI PENDAFTARAN NEGARA 2016

 
Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memperkenalkan inisiatif  Integrasi Sistem Permit Mengubur - Pendaftaran Kematian sebagai langkah menpercepatkan proses pendaftaran kematian yang dilaporkan di balai polis di semenanjung. 
 
“Inisiatif yang dibangunkan bersama antara kedua-dua jabatan KDN berkenaan akan membolehkan laporan mengenai kematian dan pengeluaran permit menguburkan dipermudahkan melalui penggunaan satu sistem yang beroperasi secara atas talian”, kata Datuk Nur Jazlan Mohamed, Timbalan Menteri Dalam negeri.
 
Katanya lagi, melalui inisiatif ini maklumat pendaftaran kematian yang disalurkan ke dalam sistem PDRM membolehkan polis mengeluarkan dokumen Permit Mengubur dan Resit Sementara Daftar Kematian sementara pada masa yang sama maklumat rekod kematian yang telah dimasukkan dihantar terus ke pengkalan data JPN secara atas atalian untuk pengesahan dan pengeluaran Sijil Kematian.
 
“Inisiatif ini juga membolehkan JPN mengemaskini maklumat si mati secara masa sebenar (realtime) dan pada masa yang sama membolehkan waris si mati menuntut sijil kematian dengan hadir di mana-mana pejabat JPN di seluruh semenanjung,” tambahnya lagi.
 
Projek integrasi ini telah dilaksanakan secara percubaan pada 28 September 2016 di empat balai polis iaitu Balai Polis Klang, Balai Polis Petaling Jaya, Balai Polis Cheras dan Balai Polis Salak Tinggi manakala di JPN pula melibatkan lima pejabatnya iaitu JPN Klang, JPN Petaling Jaya, JPN Maluri, JPN Sepang dan JPN Putrajaya.
 
 
 
 

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 26 April 2024.
Jumlah Pelawat : 1093067

moha qrcode