telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

Perhimpunan Agung PBB (UNGA) Ke-71

New York, 25 September2016

 

Malaysia melihat sudah tiba masanya perhatian serius diberikan terhadap cadangan untuk Majlis Keselamatan PBB (UNSC) diberi peranan baharu dan distruktur semula termasuklah perihal keanggotan dan kaedah kuasa veto.

 

Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri berkata, rombakan sedemikian perlu disokong oleh semua negara dan harus menjadi agenda yang perlu dilihat kembali oleh PBB.

 

"Malaysia tidak boleh mengelak daripada membangkitkan isu tertentu melibatkan negara Islam seperti isu Palestin yang belum selesai walaupun telah tujuh dekad PBB dibentuk. Krisis berlarutan itu memaparkan kelemahan kerangka kerja yang mana kuasa veto terus digunakan untuk membiarkan penjajahan paling panjang dalam sejarah moden", tegas beliau yang juga Menteri Dalam Negeri.

 

Beliau turut menyentuh mengenai peningkatan mendadak pelaku tanpa negara seperti Daesh, Boko Haram dan Al-Shabaab yang mencetuskan ketidakstabilan dan menjejaskan keselamatan negara.

 

Tambahnya lagi, usaha memerangi pelaku ini bukan sekadar melalui kaedah militer namun turut melibatkan kaedah deradikalisasi dan program pemulihan pemikiran ekstremis radikal. Malaysia telah pun mempunyai program bersepadu deradikalisasi dan pemulihan yang mana berjaya mencatatkan kejayaan sehingga 97.5 peratus.

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 26 April 2024.
Jumlah Pelawat : 1093078

moha qrcode