telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

Majlis Seminar Psikologi Keselamatan KDN 2016

Kementerian Dalam Negeri melalui Bahagian Sumber Manusia telah berjaya membangunkan Dasar Pengurusan Psikologi Sumber Manusia (DPSM) yang bertujuan memberi nilai tambah dalam aspek pengurusan sumber manusia KDN. 
 
“DPSM dijangka mampu memberi fokus kepada kementerian untuk menangani isu-isu seperti nilai, budaya, kepimpinan dan individu melalui pelan operasi yang komprehensif,” kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed semasa berucap di Seminar Psikologi Keselamatan KDN 2016 di Putrajaya.
 
Pada majlis berkenaan, Timbalan Menteri Dalam Negeri telah melancarkan Sistem Pemprofilan Keselamatan (SPiK) KDN yang berupaya mengukur tahap kesejahteraan individu tertentu melalui lima dimensi melibatkan personaliti, kesihatan, mental, integriti, kompetensi dan patriotisme.
 
“SPiK mampu membantu pihak pengurusan sumber manusia dalam proses pengambilan pegawai baharu, penempatan, pengurusan prestasi dan pembangunan kompetensi. Semua kakitangan KDN dan agensi di bawahnya wajib menjalani ujian psikologi SPiK sebelum ditempatkan dalam perjawatan berisiko,” katanya lagi.
 
Pada masa ini, SPiK diguna pakai bagi pegawai yang ditempatkan di Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) dan pegawai Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
 

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Mei 2024.
Jumlah Pelawat : 1099731

moha qrcode