telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

Majlis Perjumpaan Bersama Ahli Lembaga Pengarah, Pengurus Syarikat Dan Pelanggan Industri Kawalan Keselamatan

Kerajaan menegaskan bahawa semua syarikat kawalan keselamatan perlu menghantar pekerja mereka untuk mengikuti Kursus Latihan Asas Pengawal Keselamatan Bertauliah (CSG). Sehingga kini sebanyak 47 buah syarikat kawalan keselamatan telah dibatalkan lessen kerana gagal mematuhi arahan berkenaan dan sebanyak 95 syarikat lagi diberikan peringatan untuk mematuhi arahan tersebut  
 
“Kerajaan juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana syarikat kawalan keselamatan yang terbabit dengan kegiatan kongis gelap, menyalahguna lessen untuk dipajak, disewa atau digunakan sebagai proksi,” tegas Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa berucap di Majlis Perjumpaan Bersama Ahli Lembaga Pengarah, Pengurus Syarikat dan Pelanggan Industri Kawalan Keselamatan.
 
Majlis Perjumpaan Bersama Ahli Lembaga Pengarah, Pengurus Syarikat dan Pelanggan Industri Kawalan Keselamatan yang diadakan di Putrajaya menghimpunkan pemain dan pelanggan industri kawalan keselamatan yang menjadi platform untuk pertukaran idea dan penambahbaikan industri berkenaan.
 
Pada masa yang sama syarikat kawalan keselamatan diingatkan mengutamakan pengambilan pekerja  tempatan bagi mengisi kekosongan dalam industri kawalan keselamatan negara di sebalik dasar sedia ada yang membenarkan pengambilan pekerja daripada negara Nepal.
 
Berhubung isu pembayaran lewat oleh jabatan dan agensi kepada syarikat kawalan keselamatan, Timbalan Perdana Menteri telah menyelaras perkara berkenaan dengan Kementerian Kewangan di mana pembayaran akan dilaksanakan dalam tempoh 30 hari selepas tuntutan dikemukakan  
 

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Mei 2024.
Jumlah Pelawat : 1099729

moha qrcode