telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

Kumpulan Kedua Migran Syria tiba Minggu Hadapan

Kumpulan kedua membabitkan 100 migran Syria daripada 24 keluarga akan dibawa ke Malaysia pada 28 Mei ini, menurut YAB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ketika ini mereka berada di Kem Pelarian Syria di Lembah Bekka, Lubnan dan dijangka tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang, menerusi pesawat sewa khas kira-kira jam 10 pagi, Sabtu depan.

Lima pegawai kanan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan Kementerian Dalam Negeri akan berlepas ke Beirut dalam masa terdekat bagi melakukan tapisan keselamatan serta kesihatan sebelum membawa masuk migran terbabit. Migran terbabit yang tidak mempunyai pasport antarabangsa, tidak akan diberi pasport Malaysia sebaliknya hanya dokumen perjalanan kecemasan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat Duta Besar Lubnan ke Malaysia, Ali Daher dan pelancaran Tabung Kemanusiaan Program Penempatan Sementara Migran Syria di pejabatnya di Kementerian Dalam Negeri.

 

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 26 April 2024.
Jumlah Pelawat : 1092797

moha qrcode