telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

‘BRAINSTORMING’ MENGENAI PERMASALAHAN DADAH

MELAKA, 12 Februari 2016: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah menganjurkan sesi “Brainstorming Mengenai Permasalahan Dadah Bersama YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi”, bertempat di Hotel Holiday Inn, Melaka. Sesi ini berlangsung pada 12 Februari 2016 dan dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri (TPM) Malaysia, merangkap Menteri Dalam Negeri.
 
YBhg. Dato’ Suhaimi Bin Abdullah, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan bertindak sebagai Ketua Urusetia manakala, YBhg. Dato’ Sri Alwi Bin Hj. Ibrahim, Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempengerusikan sesi sumbang saran yang telah dihadiri oleh Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang relevan.
Objektif utama persidangan adalah untuk: 
•memantau dan memastikan penyelarasan pelaksanaan dasar;
•merangka pelan tindakan strategi dan program membenteras dadah untuk digunakan oleh semua agensi kerajaan dan NGO;
•menggubal dasar-dasar membenteras gejala dadah berhubung tindakan-tindakan pencegahan pendidikan dan publisiti, penguatkuasaan undang-undang, rawatan dan pemulihan; dan
•mengenalpasti isu/ masalah pelaksanaan dan merangka strategi dalam bidang pencegahan, pendidikan dan publisiti, penguatkuasaan undang-undang dan rawatan dan pemulihan dadah.
 
Sesi “Brainstorming” bermula dengan sesi perbincangan pada sebelah pagi dan diikuti dengan sesi Pembentangan Laporan dan Perbincangan Hasil Sesi Sumbang Saran kepada YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri (TPM) Malaysia. 
 
Antara perkara yang dibentangkan dan dibincangkan ialah mengenai trend penagihan dadah terkini di Malaysia, kemunculan gejala dadah baru seperti jenis New Psychoactive Substance (NPS), senario statistik penyalahgunaan dadah di Malaysia, bilangan dan nilai rampasan dadah bagi tahun 2014 dan 2015, isu dan cabaran yang dihadapi dalam proses pembenterasan, pelan inisiatif penguatkuasaan, pencegahan dan tindakan pemulihan dalam komuniti dan peranan NGO dan jabatan dalam menjayakan program ini. 
 
Keseluruhannya, sesi sehari ini telah mencapai objektif dalam usaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) memerangi penyalahgunaan dadah demi keselamatan negara.
 

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 26 April 2024.
Jumlah Pelawat : 1092685

moha qrcode