telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

PELANCARAN DASAR KESELAMATAN DALAM NEGERI

Putrajaya, 05 Februari 2016:  Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini melancarkan buku Dasar Keselamatan Dalam Negeri (DKDN) yang merupakan satu dasar komprehensif yang menumpukan kepada aspek keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bertempat di Auditorium D8, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya.
 
DKDN adalah bagi menjamin kewujudan (survival) Malaysia sebagai sebuah negara melalui kesepaduan dan ketahanan nasional berteraskan prinsip-prinsip: 
•Perlembagaan Persekutuan,
•Rukun Negara; dan 
•Amalan-amalan demokrasi 
Ke arah kesatuan nasional (national cohesion), kedaulatan negara (national sovereignty), integrasi wilayah (territorial integration), ketenteraman awam (public order) dan kestabilan politik (political stability).
 
Dalam menggubal DKDN ini, dua (2) jawatankuasa telah ditubuhkan pada 20 Januari 2014  dengan peranan untuk merangka dan menggubal dasar mengenai keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam. Jawatankuasa tertinggi yang diketuai sendiri oleh Menteri Dalam Negeri. Lain-lain ahli keanggotaan jawatankuasa ialah YB Dato’ Sri Dr. Hj. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, mantan Timbalan Menteri Dalam Negeri. Sementara itu, YBhg Dato’ Seri Alwi bin Hj. Ibrahim, Ketua Setiausaha KDN mengetuai Jawatankuasa Kerja dengan keanggotaan seramai lapan (8) Ketua Jabatan/agensi di bawah KDN termasuklah Ketua Polis Negara dan diurusetiakan oleh IPSOM.
 
Bagi maksud pemantapan dan pandangan ilmiah, KDN turut mendapat khidmat nasihat dari Majlis Profesor Negara, khususnya menerusi Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa yang diketuai oleh YBhg. Profesor Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa bin Ishak, juga merupakan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia.
 
Proses penggubalan DKDN melibatkan pembentangan kertas kerja, sesi Round Table Discussion, sesi Executive Talk dan Town Hall Meeting dan diakhiri dengan fasa pemurnian oleh panel penulisan. Secara keseluruhannya melalui Town Hall Meeting KDN berupaya mendapatkan maklumbalas, pendapat dan pengalaman pemimpin-pemimpin civil society di seluruh Malaysia ke arah pembentukkan DKDN yang jitu dan memenuhi citarasa mewakili seluruh lapisan masyarakat negara ini.
 
Sebelum pelancaran buku DKDN, YAB TPM telah menyampaikan Amanat Tahun Baru 2016 kepada warga kerja KDN. Antara lainnya amanat adalah berkisar kepada keperluan KDN dan Jabatan/Agensi di bawahnya melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan demi kesejahteraan sosial rakyat dan kemakmuran negara.
 

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 26 April 2024.
Jumlah Pelawat : 1092527

moha qrcode