telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

SAMBUTAN HARI PENJARA KE 225 & PERBARISAN TAMAT LATIHAN PEGAWAI PENJARA

Taiping, 19 Mac 2015 - Menteri Dalam Negeri (MDN), YB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa merasmikan Majlis Sambutan Hari penjara ke-225 & Perbarisan Tamat latihan Pegawai Penjara pada 19 Mac 2015 mendedahkan bahawa modul baru kepenjaraan yang dirintis Jabatan Penjara Malaysia telah melonjakkan imej Penjara Malaysia sebagai sebuah institusi korektif yang berwibawa di persada antarabangsa. Modul baru yang berteraskan pembangunan dan pembentukkan semula insan mencakupi aspek hukuman dan pemulihan banduan kini dipelajari oleh Penjara-penjara dari luar negara bagi maksud diaplikasi dalam program pemulihan banduan di negara mereka.

Pendekatan baru dan amalan moden Penjara Malaysia dedah MDN lagi terbukti berjaya mengurangkan insiden kesalahan berulang sekaligus mengawal kadar kemasukkan berulang (residivis) di kalangan bekas penghuni ke dalam penjara di seluruh negara. Bagi tahun 2014, kadar residivis negara adalah di tahap 7.6% yang mana merupakan pencapaian paling baik di kalangan negara-negara Asia. Prestasi di bawah Petunjuk Prestasi Utama (KPI) MDN/KDN pula adalah 1.4% mengatasi tahap sasaran kawalan yang ditetapkan iaitu di bawah aras 9.0%. Berkaitan itu MDN turut mengumumkan ubahsuaian KPI kadar kawalan residivis ke tahap baru iaitu 5.0%.

Kadar baru 5.0% itu adalah realistik dan mampu direalisasikan kerana komitmen tinggi setiap pegawai/anggota; beserta modul program pemulihan yang efektif seperti latihan separa kemahiran; dan juga pelaksanaan yang berterusan; selain itu konsep penjara sejahtera yang mengutamakan keselematan, pemulihan dan pengurusan diyakini dapat memperkasakan lagi pengurusan kepenjaraan dan mematuhi standard antarabangsa

MDN, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Menerusi dua majlis yang dilangsungkan dalam satu acara di Pusat Latihan Pegawai Penjara Taiping, MDN turut mengumumkan berlakunya peningkatan pendapatan dan penjimatan sebanyakRM7.3 juta. Hasil daripada  aktiviti-aktiviti perusahaan dan pamasaran produk penjara melalui program sara diri telah membolehkan nilaian pendapatan dan penjimatan tahun 2014 mencecah sebanyak RM28.8 juta berbanding RM21.5 juta pada tahun 2013. Manakala menerusi Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP), pelaksanaan program sara diri seperti penternakan ikan tawar, pembuatan roti dan penanaman sayur-sayuran dalam tahun 2014 turut menjimatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM909,787.00.

Kesimpulannya transformasi oleh Jabatan Penjara Malaysia dalam memberikan khidmat bakti mengawal dan memulihkan banduan telah meninggalkan impak yang positif kepada pengurangan kadar jenayah. Latihan separa kemahiran yang diperolehi oleh penghuni semasa menjalani hukuman membuka peluang kepada bekas penghuni penjara memperolehi sijil dan kemahiran keusahawanan mahu pun pekerjaan. Program membentuk semula insan seperti Maahad Tahfiz dalam penjara berjaya memantapkan nilai-nilai keinsafan dalam diri sekaligus menyumbang kepada pemeliharaan kesejahteraan rakyat dan keamanan negara. Pengurangan kadar residivis tidak syak lagi adalah satu daripada tanda keberkesanan perkhidmatan.

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Mei 2024.
Jumlah Pelawat : 1099699

moha qrcode