telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

MISI BANTUAN KEMANUSIAN DAN KEMASYARAKATAN

PUTRAJAYA: ┬á Menteri Dalam Negeri (MDN), YB DatoÔÇÖ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 3 Januari 2015 melancarkan Misi Bantuan KDN dan Skuad Muda KDN bagi meringankan kesulitan yang dialami mangsa banjir musim tengkujuh 2014. ┬áMisi bertemakan bantuan kemanusiaan dan kemasyarakatan melibatkan seramai 24,700 wargakerja semua Jabatan/Agensi di bawah KDN beserta sukarelawan Skuad Muda KDN yang dibentuk sejak tahun 2013. ┬áSebanyak 36 buah kenderaan padat dengan bahan bantuan dilepaskan ke seluruh negara meliputi ┬ásebuah Trailer kapasiti 5 tan, 25 buah Lori ┬ádan 10 buah Kereta ┬áHilux 4WD. ┬á Sebaik selesai acara pelancaran, YB MDN turun ke Daerah Kuala Kangsar, Negeri Perak untuk meninjau kawasan yang terjejas di samping menyampaikan bantuan kepada mangsa.┬á

Misi bantuan menurut YB MDN adalah mencakupi bantuan material dan sokongan moral melalui khidmat bakti kemasyarakatan dengan tumpuan awal di kawasan-kawasan yang mengalami  kerosakkan teruk akibat banjir besar dan luar biasa.  Bantuan material yang disalurkan adalah berupa barangan keperluan harian seperti makanan, minuman, ubat-ubatan,  pakaian termasuklah baju persekolahan dan selimut  hasil sumbangan wargakerja, orang ramai, pertubuhan/kesatuan kebajikan dan kemasyarkatan serta NGO. Terdahulu pada 29 Dis 2014, KDN telah pun membuka Pusat Penerimaan Sumbangan Orang Ramai di premis KDN.   Selain mengembeling aset  dan tenaga wargakerja serta sukarelawan, KDN turut memberi peluang kepada banduan Jabatan Penjara Malaysia untuk berbakti kepada masyarakat. 

Sumbangan para banduan adalah melalui penyediaan dan agihan roti segar  di bawah Program Sari Diri Penjara Industri (Roti). Sebanyak 20,000 biji Roti Bun dan 1,000 buku Roti Loaf Putih keluaran Penjara Kajang (Zon Tengah) dan Penjara Tapah (Zon Utara) dibekalkan kepada mangsa melalui Pusat Pemindahan Banjir pada setiap hari.  KDN melalui agensi barisan hadapan khususnya JPAM, RELA dan PDRM  sejak banjir bermula pada  17 Dis 2014 lagi, telah pun turun padang membantu mengsa melakukan pelbagai akitiviti  menyelamat seperti operasi perpindahan dan penempatan sementara di Pusat Pemindahan Banjir. Manakala, gerakkerja untuk membantu mangsa di musim pasca banjir adalah bagi  membersih dan memulihkan kawasan-kawasan penempatan secara gotong-royong.  

KDN ┬ámelalui Mesyuarat Khas Pengurusan Krisis Banjir yang diPengerusikan Ketua Setiausaha Negara pada ┬á30 Dis 2014 dipertanggungjawabkan menerajui usaha membantu dan menyelaras tindakan pasca banjir ┬ábagi Negeri Perak. ┬áUntuk itu, pada 2 Januari 2015 KDN diketuai ┬áTimbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) YBhg. DatoÔÇÖ Alwi Ibrahim mengadakan perbincangan dengan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak akan gerakkerja penyelarasan bantuan/pemulihan ┬ádi samping melawat sambil menghulurkan bantuan kepada mangsa di Pusat Pemindahan banjir di Daerah Kuala Kangsar. ┬áKesinambungan komitmen tersebut diserlahkan melalui program turun padang ┬áYB MDN dan sukarelawan Skuad Muda KDN ┬ápada 6 Januari 2015 ┬áke Pusat-pusat pemindahan di MRSM Pasir Salak, UiTM Sg. Galah dan SK Lambo Kiri, Parit di samping meninjau Pejabat-pejabat KDN yang terkesan banjir di Kg Gajah, Perak.

Kesimpulannya, hikmah banjir besar ┬áyang luar biasa di penghujung ┬átahun 2014 walau pun memeranjatkan banyak pihak didapati telah menyatupadukan masyarakat Malaysia yang prihatin. Sumbangan dalam pelbagai bentuk meliputi tenaga, barangan dan wang ringgit telah secara spontan dihulurkan bagi membantu mereka yang terjejas. ┬áMisi bantuan KDN dan Skuad Muda KDN dengan kerjasama Kementerian/Jabatan yang terlibat serta ┬áNGO diteruskan selepas ┬ábanjir surut melalui pelbagai program bantuan/pemulihan seperti pembersihan kawasan dan rumah di Rantau Panjang, Tanah Merah dan Kuala Krai, Kelantan pada 7 ÔÇô 8 Januari 2015 sebelum bergerak ke Negeri-negeri Terengganu dan Pahang serta lain-lain kawasan/negeri yang terlibat.

 

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Mei 2024.
Jumlah Pelawat : 1099699

moha qrcode