telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

PROGRAM ROAD TO MYSILAT SILAT CEKAK PUSAKA

PUTRAJAYA, 6 Disember 2014 ÔÇô Kementerian Dalam Negeri akan menjalinkan kerjasama dengan seluruh persatuan silat di negara ini selagi mereka berpegang kepada landasan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan berpaksikan kepada Pelembagaan Persekutuan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya menerusi Pendaftar Pertubuhan (ROS) akan melakukan pemantauan terhadap setiap persatuan silat bagi memastikan penubuhan mereka benar-benar mematuhi objektif sebagai persatuan seni pertahanan.┬á

 

Jelajah Road To My Silat Cekak Pusaka Hanafi merupakan satu program siri jelajah di seluruh negara, bertujuan untuk menarik minat masyarakat, khususnya dalam kalangan belia untuk menyertai seni pertahanan itu.

 

Acara kemuncak adalah perhimpunan 50,000 pesilat Cekak Pusaka Hanafi di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 29 Ogos 2015 yang bakal mencatat rekod dunia iaitu perhimpunan seni pertahanan terbesar di dunia. 

 

Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri memberitahu, usaha menghimpunkan 50,000 pesilat itu bukan sahaja bertujuan untuk mencatat rekod dunia, tetapi ingin memperlihatkan kesungguhan Persatuan Seni Cekak Pusaka Hanafi untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara. Beliau berkata, semua ahli persatuan silat juga perlu bersatu hati dengan pemikiran yang satu demi perpaduan dan keamanan tanah air.

 

Turut hadir Pewaris Mutlak merangkap Presiden Persatuan Seni Cekak Pusaka Hanafi, Dr. Md. Radzi Hanafi dan Ketua Pengarah ROS, Razin Abdullah.

 

 

 

 

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Mei 2024.
Jumlah Pelawat : 1099698

moha qrcode