telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

SAMBUTAN IMIGRESEN 2014

Sambutan Hari Imigresen yang berlangsung pada 1 Disember 2014 bertempat di jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya. Majlis ini telah dirasmikan oleh┬á YB DatoÔÇÖ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Menteri Dalam Negeri. Selain itu juga, DatoÔÇÖ Alwi Bin Haji Ibrahim Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatn) KDN turut menghadiri pada majlis ini serta Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia iaitu Dato' Mustafa Bin Hj. Ibrahim.

1 Disember telah dipilih sebagai Hari Imigresen Malaysia sebagai tanda memperingati tarikh penyatuan Ibu Pejabat Imigresen Negeri-Negeri Tanah Melayu dengan Ibu Pejabat Imigresen Malaysia pada tahun 1971. Selain itu, warga Jabatan Imigresen dapat mengeratkan lagi silaturahim sesame warga jabatan dan mngukuhkan lagi perpaduan di antara satu sama lain. Dalam konteks ini, JIM memiliki satu pasukan yang mantap dan utuh bagi mendepani pelbagai cabaran masa kini khususnya kegiatan sindiket asing, pemalsuan dan kes pemerdagangan manusia. Realitinya, tanggungjawab yang digalas oleh JIM semakin besar untuk menjaga nama baik negara di peringkat antarabangsa. 

DatoÔÇÖ Mustafa Hj Ibrahim turut memberi ucapan dan beliau merakamkan penghargaan kepada semua warga imigresen kerana Berjaya mengekalkan semangat yang tinggi serta memontum dan kesungguhan dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Pelan strategic JIM 2014-2020 bakal dirangka bagi menyokong matlamat strategic jabatn dalam meningkatkan daya saing dan keyakinan stakeholder JIM. Bagi mencapai matlamat ini, penyampaian perkhidmatan JIM perlu disusun dengan penuh teliti dan terancang dengan disokong oleh amalan nilai teras supunya dan pembolehdaya utama JIM. Selain itu, dalam ucapan beliau juga,┬á dalam usaha┬á memartabatkan Jabatan Imigresen Malaysia, beberapa strategic telah digariskan senagai panduan JIM untuk menhadapi cabaran pada masa akan dating. Antara langkah yang diambil ialah memperkasakan penguatkuasaan untuk menangani masalah PATI di mana JIM akan mengadakan operasi penguatkuasaan secara besar-besaran dan menggerakkan semua anggota imigresen untuk turut serta. Beliau juga akan memantau dan akan turun padang untuk memastikan operasi-operasi yang dirancang dapat dilaksanakan dengan semaksima mungkin.┬á

Sepanjang tahun 2014 ini, beberapa pencapaian dan kejayaan telah dicapai oleh jabatan. Pada tahun ini, sekali lagi Jabatan Imigresen Malaysia, diiktiraf apabila mendapat 4 bintang dalam penarafan bintang (Star Rating) oleh MAMPU dalam kategori Agensi Barisan Hadapan. 

Isu keselamatan yang menjadi bidang utama kementerian dalam negeri sentiasa mendapat perhatian daripada masyarakat. Antara isu yang dibangkitkan adalah mengenai pengurusan warga asing di Malaysia. Sehubungan itu, KDN telah melancarkan operasi secara besar-besaran bagi memburu pekerja asing tanpa izin secara bersepadu yang melibatkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). Kata mukadimah Menteri Dalam Negeri YB DatoÔÇÖ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang pernuh semangat lontarannya kepada semua warga JIM. MDN juga menyembut sehingga kini hampir 90,000 orang telah periksa. Susulan daripada operasi ini dan hampir 30,000 pendatang asing tanpa izin telah ditahan dan 500 orang majikan tutur ditahan untuk didakwa. Beliau mengucapkan syabas kepada semua anggota penguatkuasa yang begitu komited serta bersemangat menjalankan operasi.┬á

Jabatan Imigresen Malaysia juga sentiasa menekankan akauntabiliti serta menerapkan nilai integrity yang tinggi dikalangan pegawainya semasa menjalankan tugas. S.O.P yang sedia ada merupakan S.O.P yang terbaik serta memenuhi piawaian antaranbangsa.

Di Sambutan Hari Imigresen 2014 ini juga, YB DatoÔÇÖ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Menteri Dalam Negeri telah melancarkan bukupas sempadan yang baru. Dokumen perjalanan terhad ini dikeluarkan kepada warganegara Malaysia yang lahir atau bermastautin tetap melebihi setahun di negeri Kedah, Kelantan, Perlis dan daerah Hulu Perak. Bayaran yang dikenakan sebanyak RM10 dan tempoh sah laku selama setahun. Pas sempadan sebelum ini dikeluarkan dalam bentuk sekeping kertas, yang mudah rosak akibat dilipat atau terkena air. Jika pasport Malaysia yang merupakan dokumen perjalanan antarabangsa berwarna merah, pas sempadan baru ini pula akan berwarna biru.Di kulit hadapan pas ini juga akan menyerupai seperti pasport, mempunyai lambang Jata Negara dengan perkataan ÔÇ£MalaysiaÔÇØ selain tertulis perkataan ÔÇ£Pas SempadanÔÇØ berwarna emas.Penggunaan buku pas sempadan ini bertujuan untuk mempertingkatkan kualiti dan ciri keselamatan dokumen perjalanan sementara selain memudahkan pemeriksaan imigresen di pintu masuk sempadan.┬á

Pembaharuan pada pas sempadan baharu ini turut dilengkapi dengan muka surat depannya mempunyai nombor bercirikan ÔÇÿMachine Readable ZoneÔÇÖ (MRZ) di mana ia tidak boleh dijadikan pendua (duplicate) untuk pemohon lain. Ciri MRZ digunakan oleh kebanyakan pasport antarabangsa untuk pemeriksaan maklumat peribadi yang mengikut standard Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).┬á

Selain pelancaran buku pas sempadan, Hari Imigresen 2014 yang disambut pada 1 Disember akan menyaksikan pelbagai aktiviti seperti hari bertemu pelanggan, karnival kerjaya dan pameran oleh vendor-vendor yang bekerjasama dengan Jabatan Imigresen.

 

  

   

 

 

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Mei 2024.
Jumlah Pelawat : 1099723

moha qrcode