telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

OPERASI PEGAWAI KESELAMATAN WARGA ASING

Kuala Lumpur, 30 Oktober 2014 -  Unit Penguatkuasa Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengadakan satu operasi pegawai keselamatan warga asing di sebuah pusat membeli belah sekitar Damansara. Operasi ini diketuai oleh Pegawai Imigresen Tuan Norman Bin Ali bersama 16 orang anggota termasuk kakitangan Kementerian Dalam Negeri (KDN).  

Dalam operasi ini, seramai 29 orang warganegara Nepal diperiksa dan 25 orang daripada mereka ditahan untuk siasatan lanjut. Kesalahan utama mereka ialah mendaftar sebagai pegawai keselamatan di bawah satu syarikat dan bekerja pada syarikat yang berlainan serta tidak mempamerkan logo syarikat pada pakaian seragam.

Kesemua warga asing yang ditahan telah dibawa ke Jabatan Imigresen Putrajaya untuk disiasat dengan lebih lanjut. Operasi bermula pada pukul 11 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengah hari.

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Mei 2024.
Jumlah Pelawat : 1099717

moha qrcode