telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

TIMBALAN MENTERI DI MESYUARAT MENTERI-MENTERI ASEAN MENGENAI ISU DADAH, BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM

Bandar Seri Begawan, Brunei, 3 September 2013 ÔÇô Y.B. Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar, Timbalan Menteri Dalam Negeri telah mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Isu Dadah di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam pada 3 September 2013. Malaysia telah menyertai Mesyuarat ini di samping sembilan (9) negara anggota ASEAN yang lain.

Mesyuarat pada kali ini merupakan susulan kepada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Isu Dadah yang telah diadakan pada 31 Ogos 2012 di Bangkok di mana pada dasarnya telah dipersetujui semasa Sidang Kemuncak ASEAN Ke-20 pada 3 dan 4 April 2012 di Phnom Penh, Kemboja.

Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Isu Dadah ini bertujuan untuk mengulangi komitmen negara-negara anggota ASEAN dalam membanteras aktiviti berkaitan dadah dan seterusnya memastikan rantau ini bebas daripada ancaman dadah menjelang tahun 2015.

TMDN BRUNEI 1

Semasa Mesyuarat ini, Y.B. Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar, Timbalan Menteri Dalam Negeri telah berkongsi pengalaman Malaysia dalam membanteras ancaman dadah dengan memberikan fokus kepada aspek pengurangan penawaran dan permintaan bagi bekalan dadah. Selain itu, beliau turut memaklumkan mengenai transformasi bidang rawatan dan pemulihan yang dilaksanakan oleh Agensi Anti-Dadah Kebangsaan kepada penagih menerusi kaedah rawatan secara sukarela.

Mesyuarat di Bandar Seri Begawan ini telah bersetuju dengan kesinambungan kepada penganjuran┬á Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Isu Dadah di mana ianya akanditeruskan untuk tahun 2014 dan 2015 bagi tujuan pemantauan serta mewujudkan sinergi di kalangan negara-negara anggota ASEAN dalam merealisasikan rantau yang bebas dari ancaman dadah menjelang tahun 2015. Ini bagi memastikan ianya memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Kajian Separuh Penggal (Mid Term Review) ASEAN Senior Officials on Drug Matters (ASOD) 2009 ÔÇô 2015 yang mana pada masa ini juga Mesyuarat ASOD sedang dipengerusikan oleh Malaysia sehingga hujung September 2013. Pengerusi Mesyuarat ASOD seterusnya adalah Myanmar.

TMDN BRUNEI 2

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Mei 2024.
Jumlah Pelawat : 1099718

moha qrcode