telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

MENANGANI CABARAN, MENCARI HARAPAN FORUM CEGAH JENAYAH DAPAT RESPON POSITIF MASYARAKAT

FORUM Pencegahan Jenayah yang dianjurkan Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya, baru-baru ini mendapat sambutan luar biasa daripada orang ramai terutamanya pertubuhan bukan kerajaan (NGO), siswa institusi pengajian tinggi, bekas pasukan keselamatan, anggota polis, pelatih-pelatih pusat latihan polis dan individu yang cintakan keamanan negara.

Dewan konvensyen yang sepatutnya hanya boleh memuatkan 1,300 peserta dibanjiri kehadiran individu tertentu kerana minat mereka terhadap isujenayah masa kini.

Kira-kira 2,000 pesertamenyertaiforum yangdianggap berjaya mengajak rakyat bersama kerajaan membanteras gejala jenayah berat di negara ini.

Kehadiran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri dan Datuk Paul Low sertaKetua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar lebih memeriahkan suasana forum berkenaan.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi.

ipsom4

Selain memberikan ucaptama dan melakukan perasmian pembukaan forum, Ahmad Zahid turut menjadi moderator kepada ahli panel yang dijemput menyampaikan pembentangan kertas kerja masing-masing.     Beberapa ahli panel lain turut dijemput hadir termasuk pensyarah kanan daripada institusi pengajian tinggi.

Ahmad Zahid berkata penganjuran forum itu adalah merupakan kesinambungan daripada forum yang diadakan di Sunway Hotel, Sunway Piramid Subang pada 20 Ogos lalu.

Menurutnya, forum itu berjaya merintis dan mendorong semua pihak terbabit untuk menganjurkan forum susulan yang diadakan baru-baru ini hasil respons positif anggota masyarakat.

ÔÇ£Oleh demikian, dengan sukacitanya saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak penganjur iaitu dari Institut Keselamatan Awam Malaysia dengan kerjasama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Jabatan Perdana Menteri dan Pengaman kerana berganding bahu bagi merealisasikan forum kali ini,ÔÇØ katanya.

ipsom

Beliau berkata pendekatan forum adalah amat tepat dan rasional dalam menghadapi cabaran isu jenayah semasa.

┬áÔÇ£Ini bukanlah masanya untuk kita berdebat mencari kesalahan mana-mana pihak atau ÔÇÿpointing fingers to othersÔÇÖ, sebaliknya kita semua seharusnya duduk semeja dan bersatu hati bagi memerangi isu jenayah di Malaysia,ÔÇØ katanya.

Menurutnya, isu jenayah dan keselamatan awam adalah topik utama yang dibincangkan beberapa kumpulan masyarakat di media perdana dan sosial muktahir ini kerana ia merupakan perkara pokok yang mengakari pembangunan sesebuah negara.

Kesan berlakunya kes-kes jenayah ini akan mengganggu gugat aktiviti harian, perhubungan sosial dan aktiviti ekonomi masyarakat.

ÔÇ£Oleh itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memandang serius perkara ini demi menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat disamping menggalaskan tanggungjawab besar ini kepada saya, Nancy Shukri dan Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, selaku Menteri-Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi menangani isu-isu jenayah berdasarkan mekanisme perundangan di dalam negara ini,ÔÇØ katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis memerlukan undangundang pencegahan jenayah bagi membanteras jenayah terancang dan jenayah berat dengan lebih berkesan.

Beliau berkata ketiadaan undang-undang lebih tegas akan member ruang kepada penjenayah bertindak di luar kawalan dan menjadikan Negara seperti Mexico dan Columbia.

Menurutnya, polis tidak akan membenarkan scenario itu berlaku di negara ini dan undang-undang pencegahan yang ketat amat diperlukan dalam usaha membantu memerangi jenayah.

Cadangan pindaan kepada Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1953 begitu penting bagi membolehkan polis dapat menangangi dan membanteras kadar jenayah semakin serius di negara ini.

 Cadangan pindaan kepada Akta PCA 1959 dibentangkan di Parlimen baru-baru ini yang antara lainnya memberi kuasa kepada polis untuk menahan penjenayah tegar sehingga dua tahun tanpa perbicaraan.

Khalid berkata polis berjaya mengurangkan indeks jenayah di seluruh negara sebanyak 10.2 peratus sejak Ops Cantas Khas dilancarkan pada 17 Ogos lalu.

Katanya sehingga Rabu lalu, polis berjaya menahan 11,873 individu dan merampas sebanyak 401 senjata termasuk senjata api.

Justeru, bagi memperkasakan lagi operasi itu katanya, beberapa inisiatif baharu akan diperkenalkan bagi menambah-baik penguatkuasaan pihak polis.

Insiatif baharu dan hala tuju Ops Cantas Khas itu dibincangkan dalam mesyuarat bersama semua Ketua Siasatan Jenayah Negeri di Kota Baharu, Kelantan, baru-baru ini.

Menurutnya, pihak polis juga berbincang dan memperoleh beberapa inisiatif baharu yang akan dilaksanakan untuk memerangi gejala jenayah. Khalid berkata ugutan bunuh yang diterima anggota polis sejak kebelakangan ini jelas menunjukkan bahawa Ops Cantas Khas berjaya dan amat berkesan dalam usaha memerangi penjenyah.

ÔÇ£Penjenayah kini sudah tergugat dan memaksa mereka mengambil tindakan terdesak dengan mengugut pihak polis dan saya percaya anggota polis tidak akan patah semangat dengan ugutan berkenaan,ÔÇØ katanya.

Beliau menjelaskan bahawa pihak yang membuat ugutan terhadap anggota polis pasti akan menerima tindakan sewajarnya.

Artikel disumbangkan oleh

 

AZMI ABDUL MALEK,

Ketua Komunikasi Korporat,

Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya

-tamat-

 

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Mei 2024.
Jumlah Pelawat : 1099708

moha qrcode