telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

LAWATAN KERJA T.Y.T MASAGOS ZULKIFLI MASAGOS MOHAMED,MENTERI NEGARA KANAN, KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM & LUAR NEGERI, REPUBLIK SINGAPURA

Kuala Lumpur, 4 Disember 2013 ÔÇô Menteri Negara Kanan, Kementerian Hal Ehwal Dalam & Luar Negeri, Republik Singapura, T.Y.T telah mengadakan lawatan kerja ke Malaysia bermula 2 hingga 4 Disember 2013, baru-baru ini.

 

IMG_9777

Masagos Zulkifli turut mengambil peluang mengadakan kunjungan hormat ke atas rakan sejawatnya Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan kerjasama dua hala serta kepentingan kedua negara di pejabat beliau, di Putrajaya.

Lawatan kerja selama tiga hari itu mengkhususkan lawatan ke Jabatan Penjara Malaysia dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan di bawah Kementerian Dalam Negeri  bagi membolehkan kedua-dua negara menilai kemajuan dalam pelbagai usaha bersama dan meneroka inisiatif baharu untuk mengembangkan kerjasama dua hala ke arah perkongsian yang lebih menyeluruh dan teguh.

 

IMG_0006

Masagos dan delegasi meluangkan masa hampir sejam di Penjara Wanita Kajang melihat banduan-banduan wanita menghasilkan hasil kraftangan seperti mencanting batik.Mereka turut diberi penerangan ringkas berkenaan operasi penjara.

Keesokannya Masagos dengan diiringi isteri serta beberapa anggota delegasi Singapura dibawa melawat ke Klinik Cure & Care 1 Malaysia Sungai Besi yang merupakan Klinik C&C 1Malaysia yang pertama di buka dan menjadi perintis kepada klinik-klink yang lain.

Beliau dibawa melawat ke seluruh kawasan C&C yang meliputi klinik dan asrama bagi menempatkan pesakit-pesakit yang baru mendaftar bagi mendapatkan rawatan sepenuhnya. 

Beliau turut dibawa melawat ke Caring Community House (CCH) Kg Malaysia Raya dan juga Cure & Care Service Centre (CCSC), Chow Kit.

Pada hari terakhir beliau dibawa melawat ke Rumah Perantaraan Kuala Lumpur yang memainkan peranan besar dalam membantu bekas banduan yang tiada tempat tinggal dan pekerjaan dan Orang Di Parol (ODP) untuk menyertai semula masyarakat.

 

-tamat-

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Mei 2024.
Jumlah Pelawat : 1099710

moha qrcode