telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

MALAYSIA TUBUH JAWATANKUASA BANTERAS PENYELUDUPAN MANUSIA KE AUSTRALIA

 

PUTRAJAYA,24 Oktober- Kerajaan Malaysia akan menghentikan pengeluaran Visa Sewaktu Ketibaan (VOA) kepada pelancong dari Iran atas permintaan Australia yang menjadikan negara ini sebagai transit sebelum menyusup masuk ke negara itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jawatankuasa bersama kedua-dua negara telah mengenal pasti beberapa perkara termasuk mengambil tindakan berhubung rakyat asing yang menggunakan Malaysia sebagai transit untuk masuk secara haram ke Australia.

2

Keputusan tersebut dicapai bagi mengekalkan kerjasama kerajaan Malaysia dengan kerajaan Australia yang dipimpin Perdana Menteri baharu, Tony Abbot untuk menangani isu pemerdagangan manusia yang melibatkan kepentingan kedua-dua negara.

Sebelum itu, DatoÔÇÖ Seri Dr. Ahmad Zahid menerima kunjungan hormat Menteri Imigresen dan Perlindungan Sempadan Australia, Hon Scott Morrison, di pejabatnya.

ÔÇ£Kebanyakan pendatang datang untuk tujuan pelancongan tetapi visa yang ada disalahgunakan dan menjadikan Malaysia sebagai negara transit.ÔÇØ

ÔÇ£Apa yang akan kami lakukan adalah menyemak setiap mereka yang disyaki yang akan menggunakan Malaysia sebagai negara transit termasuk dengan mengadakan semakan biometrik.┬á

Malaysia akan turut mengadakan pertukaran maklumat biometrik dengan Australia bagi membuat semakan senarai mereka yang disyaki sebelum mereka ini bergerak ke Australia sama ada melalui penerbangan atau melalui bot.

DatoÔÇÖ Seri Dr. Ahmad Zahid berkata, jawatankuasa yang ditubuhkan itu turut dianggotai beberapa pegawai kanan Kementerian Luar, Kementerian Kewangan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) selain membabitkan pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri┬á

6

Beliau berkata, jawatankuasa itu mengenalpasti beberapa perkara termasuk negara yang menyalahgunakan kemudahan VOA yang dikeluarkan oleh Malaysia.

Katanya, melalui pendekatan terbaru, rakyat asing dari negara-negara tertentu akan diminta menunjukkan tiket pulang ke negara asal bagi membuktikan mereka hanya berada di Malaysia untuk waktu tertentu sahaja.

ÔÇ£Bagi mereka yang memasuki negara kita melalui pintu masuk seperti sempadan Malaysia-Thailand, kami akan menyemak secara teliti untuk menghalang mereka menjadikan Malaysia sebagai negara transit,ÔÇØ katanya.

Menurut DatoÔÇÖ Seri Dr. Ahmad Zahid lagi, Malaysia tidak menafikan hak lawatan bagi pelancong asing masuk ke negara ini tetapi ia hanya sebagai langkah proaktif bagi membanteras masalah penyeludupan manusia.

Sementara itu, Morrison berkata, kerajaan baharu Australia di bawah pimpinan Tony Abbot mahu menghentikan aktiviti penyeludupan manusia ke negara itu dari rantau Asia Tenggara.

ÔÇ£Kami bekerjasama dengan Malaysia untuk mengukuhkan lagi kawalan sempadan di rantau ini demi kebaikan program perdagangan dan imigresen,ÔÇØ katanya.┬á

Sementara itu, beliau berkata kementeriannya juga sudah membatalkan VOA membabitkan pelancong dari Iran, sebaliknya meminta pelancong dari republik itu memohon visa dan hanya diberikan tempoh selama hanya 14 hari untuk berada di negara ini.

-tamat-

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Mei 2024.
Jumlah Pelawat : 1099721

moha qrcode