telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

UCAPAN MENTERI DALAM NEGERI ÔÇô PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI (DISEMBER 2013)

Terima kasih kepada Saudara/ Saudari Pengacara Majlis.

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM,

Yang Berhormat Datuk Dr. Wan Junaidi Tunku Jaafar

Timbalan Menteri Dalam Negeri

Yang Berbahagia DatoÔÇÖ Sri Abdul Rahim bin Mohamad Radzi

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri

Yang Berbahagia DatoÔÇÖ-DatoÔÇÖ/ Puan TKSU,

Ketua ÔÇô ketua Pengarah Jabatan-jabatan di KDN,

Tuan ÔÇô tuan, Puan-puan serta;

Rakan ÔÇô rakan media yang dihormati sekalian

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

 Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya pada Allah Subhana Wataala, Tuhan sekalian alam kerana dengan limpah kurnia dan inayah-Nya, kita dapat bersama-sama berada di majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri pada hari ini, 5 Safar 1434 Hijrah bersamaan 9 Disember 2013.

Saya mengucapkan terima kasih kepada urusetia Perhimpunan Bulanan KDN atas kesudian menjemput saya untuk menyampaikan amanat pada pagi ini di dalam usaha kita untuk terus menggembleng tenaga dan idea bekerja demi mewujudkan persekitaran yang lebih selamat dan lebih aman di bumi tercinta ini.

Saudara-saudari yang dihormati sekalian,

Izinkan saya mengimbas kepada tarikh 25 Oktober 2013 yang lepas, di mana YAB DatoÔÇÖ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kita kasihi, telah membentangkan Bajet 2014 bertemakan ÔÇ£ MEMPERTEGUH KETAHANAN EKONOMI, MEMPERKASA TRANSFORMASI DAN MELAKSANAKAN JANJIÔÇØ.

Bajet 2014 ini merupakan bajet pertama selepas kerajaan Barisan Nasional terus diberi kepercayaan dan mandat oleh rakyat untuk mentadbir negara. Oleh itu, sebanyak RM264.2 bilion telah diperuntukkan, di mana sejumlah RM217.7 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM46.5 bilion bagi belanja pembangunan.

Alhamdulillah, daripada jumlah tersebut, KDN diberi peruntukan sebanyak RM12.4 bilion di mana belanja mengurus sebanyak RM11.96 juta dan selebihnya adalah belanja pembangunan. Fokus kerajaan terhadap keselamatan dan ketenteraman awam membolehkan peruntukan sejumlah RM8.8 bilion disalurkan kepada Polis (PDRM), manakala sebanyak RM75 juta dikhususkan kepada pemantapan operasi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Dengan adanya peruntukan sedemikian, adalah menjadi hasrat saya supaya KDN dapat melaksanakan aktiviti dengan lebih berkesan melalui prioriti program KDN pada tahun 2014 iaitu:

  1. Meningkatkan usaha membenteras jenayah dan menjamin kesejahteraan hidup seluruh rakyat.
  2. Menumpukan kepada kebajikan pegawai dan anggota PDRM serta keluarga mereka termasuk naiktaraf kuarters kakitangan.
  3. Penambahan unit motosikal bagi kegunaan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) PDRM.
  4. Pertambahan kamera litar tertutup (CCTV) dan penambahan kelengakapan peralatan PDRM.

Keprihatinan kerajaan terhadap keperluan KDN dalam usaha mewujudkan persekitaran yang lebih selamat dan lebih tenteram kepada rakyat, membuktikan bahawa kerajaan sangat komited menunaikan janji ÔÇ£Keselamatan AwamÔÇØ sepertimana yang terkandung dalam manifesto BN pada Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu.

Alhammdulillah, saya amat bersyukur di atas usaha kita memerangi jenayah telah mendapat ÔÇ£semangatÔÇØ tambahan kerana pada 3 Oktober 2013 yang lepas, Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 telah mendapat kelulusan suara majoriti di Parlimen. Rang undang-undang berkenaan antara lain, memberi kuasa kepada Lembaga Pencegahan Jenayah untuk mengeluarkan arahan penahanan penjenayah selama dua (2) tahun.

Untuk makluman semua pihak juga, pindaan Rang Undang-Undang ini telah membatalkan kuasa mutlak menteri berhubung arahan penahanan penjenayah, sebaliknya peranan berkenaan akan dilaksanakan oleh Lembaga Pencegahan Jenayah selaras dengan agenda transformasi politik YAB Perdana Menteri bagi era pasca Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Saudara-saudari yang dihormati sekalian,

Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada para pemenang Hari Inovasi KDN 2013. Semoga kemenangan memberikan motivasi untuk terus kekal merekayasa kaedah atau penemuan baru baik aspek teknikal mahupun pengurusan.

Antara inovasi yang telah diperkenalkan ialah Penjimatan Penggunaan Bahan Api Bagi Kenderaan Pasukan oleh PDRM.  Email Prisoner Letter oleh Jabatan Penjara. Projek Vokasional di Klinik C&C oleh AADK. Pengurangan Kes Tidak Dibenarkan Berlepas (Not To Depart) Terhadap Penumpang Yang Tidak Memenuhi Syarat-Syarat Imigresen oleh JIM, MempercepatkanCarian MyKad Express oleh JPN, Portable Generator yang lebih efektif oleh JPAM dan Panduan Penghantaran Maklumat Pertubuhan Secara Online oleh JPPM.

Pada 2 Oktober ÔÇô 6 Oktober 2013 yang lalu, KDN telah berjaya menganjurkan 3rd General Police Equipments Exhibition and Convention (GPEC Asia 2013). Saya melihat GPEC bukan sahaja sebagai platform persidangan dan pembelian aset keperluan pihak polis, bahkan menjadi pusat pertukaran idea, komitmen dan pendapat untuk memajukan pasukan polis daripada segi operasi, pengurusan dan aktiviti kerjasama antarabangsa. Buat pertama kalinya juga dalam sejarah penganjuran GPEC, kita membuka peluang kepada orang ramai melihat intipati pameran GPEC dan demontrasi PDRM bertempat di Marina Putrajaya.

Tahniah kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana usaha pembenterasan jenayah kekerasan melalui Ops Cantas Khas masih diteruskan tanpa kenal penat lelah. Anggota keselamatan berkorban tidak kenal siang dan malam bertugas demi menjaga keamanan dan memberi keselesaan kepada kita semua untuk menjalankan tugas dan aktiviti seharian tanpa gangguan.

Statistik daripada 17 Ogos 2013 sehingga 3 Disember 2013, seramai 36,725 suspek telah ditahan hasil daripada saringan sejumlah 1,111,526 orang yang disyaki. Kita juga merampas sejumlah 1,080 senjata api dan senjata berbahaya serta 1,559 buah kenderaan turut dirampas.

Saudara-saudari yang dihormati sekalian,

Negara pernah digemparkan dengan berita jenayah yang dilakukan oleh pengawal keselamatan warga asing sehingga melibatkan kes bunuh. Justeru itu, tindakan pantas KDN adalah membatalkan lesen perniagaan syarikat kawalan keselamatan terbabit, apatah lagi syarikat berkenaan didapati gagal mematuhi syarat dan peraturan penggendalian serta pengurusan agensi persendirian di bawah Akta Agensi Persendirian 197.

Mengambil iktibar daripada insiden berkenaan, saya telah mengarahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengambil tindakan serta merta untuk memeriksa 600 syarikat kawalan keselamatan di seluruh negara bagi operasi pengesahan kad pengenalan pengawal keselamatan dengan menggunakan kaedah bio-metrik.

Kita juga melihat di dalam laporan berita tentang jenayah berat seperti insiden tembakan, rogol, bunuh serta pengedaran dadah yang mana melibatkan juga sehingga golongan umur belasan tahun. Kita memandang serius perkara ini dan mahukan pihak-pihak lain seperti sektor swasta, NGO, rakan komuniti, GLC dan pihak konglomerat dapat memainkan peranan masing-masing dengan lebih aktif dalam mendidik dan menyuburkan nilai-nilai murni, teladan dan jatidiri yang baik kepada masyarakat. Di pihak KDN pula, program dan aktiviti kesedaran keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa diadakan, namun perlu dipergiatkan lagi.

Dalam masa yang sama, tindakan PDRM dalam menubuhkan Pasukan Petugas Khas Menangani Jenayah Terancang (STAFOC) adalah tepat pada masanya bagi membendung dan membasmi peningkatan kes-kes jenayah berat, jenayah bersindiket, gangsterism, perjudian, pelacuran dan pemerdagangan manusia. Saya mendoakan kejayaan besar bagi pasukan ini dalam memenuhi misinya dan kita tidak akan ragu-ragu untuk menambah kekuatan anggota STAFOC mengikut keperluan daripada semasa ke semasa.

Pada pandangan saya, kegiatan jenayah seperti pemberi pinjaman tidak berlesen (Ah Long), pengedaran VCD haram, pengedaran dadah, gangsterisme dan sebagainya adalah aktiviti jenayah yang saling berkait antara satu sama lain atau ÔÇ£a circle of vice activitiesÔÇØ.

Menyentuh mengenai cadangan memperluaskan kuasa Polis Bantuan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), kita meraikan cadangan berkenaan untuk dinilai dan dikaji. Bagaimanapun buat masakini ianya belum boleh dilaksanakan kerana kekangan daripada sudut sempadan pengurusan yang berbeza antara PDRM dan PBT, pertindihan kuasa, dan kekeliruan fungsi pada pandangan masyarakat. Umum juga sedia maklum bahawa bidang kuasa polis bantuan adalah terhad kepada soal keselamatan bangunan atau premis di sesuatu tempat sahaja.

Semasa lawatan kerja saya ke Kelantan baru-baru ini, saya menerima pandangan Polis Negeri Kelantan di mana cadangan membina tembok dan pagar di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand bagi mengekang dan membasmi masalah penyeludupan dadah dan senjata api. Kita menghormati aktiviti perniagaan dan interaksi persaudaraan di sempadan berkenaan, namun begitu soal keselamatan dan ketenteraman awam mengatasi kedua-dua aspek berkenaan. Saya juga berharap tambahan 500 anggota polis sukarela (PVR) kepada Polis Negeri Kelantan dapat direalisasikan secepat mungkin.

Saudara-saudari yang dihormati sekalian,

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada seramai 107 pegawai berpangkat Timbalan Penolong Pengarah KP 27 kerana telah selesai menjalani latihan wajib di Akademi Imigresen Malaysia. Saya difahamkan majoriti daripada mereka akan ditempatkan berdasarkan keperluan untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) yang dijangka akan dibuka pada tahun hadapan. Saya berharap mereka akan bertugas dengan penuh integriti, amanah, mesra namun tegas dan bijaksana dalam mengikuti garis panduan yang telah kita tetapkan.

Pada masa yang sama, saya mahu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) meneruskan pemantauan, risikan dan operasi bagi memastikan masalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dapat diselesaikan seminimun mungkin. Saya mahu lihat lebih banyak bukti melalui liputan berita di media cetak, elektronik dan online berkaitan operasi bersepadu yang dijalankan oleh JIM dengan kerjasama agensi penguatkuasaan lain.

Statistik Ops Bersepadu 6P daripada 1 september hingga 3 Disember,  JIM telah berjaya menahan seramai 14,170 PATI dan 182 majikan melalui 1,851 operasi sejak dilancarkan. Manakala bagi Ops Bersepadu 6P (Pengawal Keselamatan), bagi tempoh 1 September hingga 3 Disember 2013 membabitkan sejumlah 94 operasi dan sebanyak 368 tangkapan PATI telah dibuat manakala 15 tangkapan adalah terhadap majikan.

Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan PATI pada 3 Oktober yang lepas juga telah memutuskan bahawa Proses Pemutihan 6P tidak akan dilanjutkan. Bagaimanapun majikan yang mendakwa ditipu semasa menguruskan pemutihan PATI boleh meneliti kes mereka di bawah Program Khas Pengurusan PATI (PKPP) KDN yang sedang dijalankan sehingga 20 Januari 2014.

Objektif kita adalah untuk menyelesaikan permohonan oleh majikan yang tidak dapat memutihkan PATI disebabkan penipuan oleh agen/ syarikat pengurus, mengurangkan jumlah PATI sedia ada, memastikan pematuhan Undang-undang berkaitan dan memastikan keselamatan dan ketenteraman awam dapat dikawal.

Saya difahamkan pada sesi perjumpaan bersama Ketua Setiausaha Negara khususnya mengenai sistem MyImms, beliau bersetuju agar JIM melaksanakan business process reengineering (bpr) terhadap khidmat perundingan perkhidmatan teras dan cadangan reka bentuk baru sistem imigresen bersepadu. Pihak MAMPU dan JIM bersetuju menwujudkan Lab BPR di mana hasil penemuan akan dijadikan asas untuk penambahbaikan sistem perkomputeran JIM yang dapat memantapkan sistem yang lebih mesra pengguna.

Saudara-saudari yang dihormati sekalian,

Kadar residivis atau kes kemasukan berulang banduan masih rendah iaitu sekitar 7.3% bagi banduan yang mengulangi kesalahan, namun saya mahu Jabatan Penjara Malaysia menggandakan lagi usaha-usaha pemulihan terutamanya pesalah-pesalah tegar. Pesalah tegar ini ditempatkan di penjara kawalan maksimum dan kecenderungan mereka melakukan jenayah adalah tinggi, maka usaha pemulihan perlu dipergiatkan untuk mereka bagi mengurangkan lagi kes residivis.

Sehingga kini terdapat 44 bidang latihan dalam aspek pendidikan dan kemahiran Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN). Seramai 5,693 orang penghuni menyertainya dan daripada angka berkenaan seramai 2,653 orang penghuni telah mendapat sijil kemahiran. Saya mahu ditingkatkan lagi penyertaan penghuni agar mereka mendapat kerja atau sumber pendapatan yang halal apabila dibebaskan kelak. Saya mahu potensi mereka dianalisa dan latihan yang bersesuaian mengikut pelbagai faktor seperti umur, kemahiran, minat, dan sebagainya agar latihan kemahiran mencapai matlamatnya.

Saya berasa gembira apabila mengetahui bahawa seramai 20 orang penghuni sedang menyambung pengajian di Universiti Terbuka Malaysia (Open University). Ini merupakan perkembangan yang sangat positif bukan sahaja kepada mereka, bahkan kepada masyarakat. Tahniah kepada Jabatan Penjara Malaysia dan saya berharap semoga lebih ramai lagi penghuni akan mengikut jejak mereka di menara gading. Selain menjadi titik peralihan kepada diri mereka sendiri, Jabatan Penjara boleh mengeksploitasi kejayaan tersebut untuk disuburkan dan disemaikan kepada penghuni-penghuni penjara yang lain sebagai satu inspirasi.

Statistik Pelaksanaan Sistem Parol menunjukkan kesan yang positif di mana seramai 14,322 orang yang terlibat, hanya 48 orang atau 0.34% sahaja yang kembali menjalani hukuman. Sehubungan itu saya juga mencadangkan agar program pendidikan kesedaran iaitu Mesej Dari Penjara diperbanyakkan dan disebarluaskan lagi supaya lebih ramai ahli masyarakat terutamanya golongan muda mendapat pendedahan tentang impak hukuman jika terpengaruh dengan gejala jenayah.

Tahniah saya ucapkan kepada Jabatan Penjara Malaysia yang telah menyambut Hari Penjara ke-206. Jika dilihat pada angka sambutan, jelaslah pelbagai cabaran telah diharungi, berbagai transformasi telah dilalui dan saya kira telah mematangkan gerakerja dan komitmen warga Jabatan Penjara demi memastikan  program pemulihan dan koreksional penghuni penjara sentiasa konsisten dengan tuntutan serta keperluan masyarakat.

Saudara-saudari yang dihormati sekalian,

Tahniah juga kepada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang telah menganjurkan Seminar Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) yang mana mendapat sambutan menggalakkan dan kerjasama yang baik daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), MERCY Malaysia dan International Committee Of The Red Cross (ICRC).

Seminar berkenaan telah berjaya mengumpulkan pengalaman semua pihak yang terlibat dalam persekitaran ancaman dan peperangan. Kita telah berkongsi dan bertukar idea mengenai Akta SOSMA, peranan agensi keselamatan, kesiapsiagaan badan beruniform, bekalan bantuan kemanusiaan, pengurusan media, pengurusan pusat perlindungan dan juga misi-misi antarabangsa kita.

Saya juga mengucapkan tahniah kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang telah mengisytiharkan 1 Oktober 2013 sebagai Hari Pendaftaran Negara. Pelancaran logo dan slogan baru JPN, pengenalan imej seragam petugas barisan hadapan, pelancaran perkhidmatan Drive-Thru (JPN Zoom), pameran dan lain-lain, saya harap akan menguatkan lagi motivasi kerja dan rasa ÔÇ£sense of belongingÔÇØ warga JPN seluruh negara berdasarkan nilai tambah kepada perkhidmatan semasa JPN.

Pada tahun ini juga JPN berkolaborasi bersama Lembaga Tabung Haji (LUTH) menerusi integrasi Sistem Pedaftaran Kematian JPN dengan Sistem Pendaftaran Jemaah di Pejabat Lembaga Tabung Haji. Kolaborasi ini bertujuan merekod dan mendaftar kematian jemaah haji oleh pegawai JPN di Mekah dan Madinah secara ÔÇ£online real timeÔÇØ kepada Ibu Pejabat JPN. Kolaborasi ini juga membolehkan sijil kematian dapat dikeluarkan serta-merta tanpa menunggu waris si mati hadir mendaftar kematian jemaah haji.

Saudara-saudari yang dihormati sekalian,

Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) perlu memperhebatkan lagi aspek pendidikan dan promosi tentang bahaya gejala dadah khususnya kepada generasi muda yang akan mengambilalih tampuk pimpinan negara. Kita tidak mahu melihat mereka ini yang masih berpeluang maju dalam kerjaya dan masih bersekolah terjebak dalam penagihan dadah.

Saya difahamkan bahawa jumlah pelajar yang mendapatkan rawatan pemulihan dadah (client in-patient) secara sukarela di sebelas (11) Klinik Cure & Care 1Malaysia bermula tahun 2010 sehingga Julai 2013 adalah seramai 294 orang pelajar.

Jumlah berkenaan walaupun dianggap kecil namun pada masa akan datang boleh menjadi serius kerana terdapat kecenderungan peningkatan jumlah remaja yang terjebak dengan gejala dadah. Saya melihat keperluan untuk memperluas program promosi dan kesedaran mengenai bahayanya dadah terus diadakan dengan penglibatan sektor awam, swasta dan masyarakat setempat.

Pada masa yang sama, difahamkan AADK juga mengadakan pelbagai aktiviti pemulihan lain seperti penganjuran aktiviti sukan, Tilawah Al-Quran, nasyid, sayembara puisi, pertandingan memasak, kugiran dan sebagainya dalam usaha pemulihan berterusan pelatih.

Tahniah kepada AADK yang menerokai pelbagai sudut pemulihan samada dalam bentuk klinikal, kebudayaan, khidmat-masyarakat dan sukan, kerana kita akan melakukan apa sahaja yang mampu untuk mengembalikan dan mengasimilasi mereka ke dalam masyarakat yang produktif.

Akhir kalam sekali lagi saya mengambil kesempatan di sini menyeru supaya warga KDN senantiasa meningkatkan mutu kerja dan penyampaian perkhidmatan KDN kepada orang awam. Kita semestinya tidak boleh berpuashati dengan rutin kebiasaan kerana rutin akan membosankan saudara dan saudari, dan selalunya menyebabkan mutu perkhidmatan tidak progrseif dan berdaya maju.

Jika perlu inovasikanlah kaedah kerja kita agar setiap arahan dapat dilaksanakan dengan kadar yang lebih segera dan cepat, namun masih mengekal prosedur asas agar tidak berlaku sebarang penyelewengan dan ketidakpatuhan prosedur kewangan yang telah digariskan. Saya mencadangkan saudara dan saudari melihat Laporan Audit untuk dijadikan panduan dalam urusan kerja seharian agar tidak wujud sebarang pembaziran semasa kita berada di KDN ini.

Semoga apa yang baik dapat kita bersama amalkan. Jika terdapat kekurangan saya memohon maaf kerana kekhilafan saya sebagai manusia yang tidak sempurna. Namun ketidaksempurnaan inilah yang mendorong saya untuk terus belajar menjadi manusia yang lebih baik daripada hari semalamnya. Semoga dapat kita bersama-sama belajar antara satu sama lain dan mengekalkan silaturrahim antara kita, warga satu KDN.

 

Insya Allah.

Sekian,

Wabilahitaufik Walhidayah

Wasalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Putrajaya, 9 Disember 2013

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Mei 2024.
Jumlah Pelawat : 1099715

moha qrcode