telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

PESTA BUKU 1MALAYSIA DAN ANUGERAH BUKU NEGARA 2013, MARTABAT INDUSTRI PENULISAN NEGARA

KIRA-KIRA 40,000 buku pelbagai genre dipamer dan dijual sempena Ekspo Buku 1Malaysia yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pameran dan jualan buku terbesar dalam negara ini berlangsung selama lima hari itu menghimpunkan 300 gerai dan disertai lebih 200 syarikat pengedar dan penerbit buku tempatan serta luar negara.

Antara syarikat luar negara yang mengambil bahagian dalam pameran berkenaan ialah Indonesia, Singapura, Jerman, Mesir, Iran, Lubnan, Syria serta China.

Genre kanak-kanak, teknologi, sukan, politik, ekonomi, pendidikan, hiburan, fi ksyen, novel, sejarah dan agama antara yang dijual sempena acara itu dalam pelbagai bahasa terutama bahasa Melayu, Tamil, Mandarin dan Inggeris.

6 Antara Penerima Penerima Anugerah Buku Negara 2013

Ekspo tahun ketiga dianjurkan ini membuka peluang mendapatkan buku diminati di samping menyertai pelbagai program dan aktiviti bermanfaat seperti penulisan surat, sajak serta puisi.

Pengunjung juga boleh mendapatkan buku kegemaran pada harga promosi sehingga 30 peratus sepanjang acara yang dianjurkan Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) dengan kerjasama Perpustakaan Kuala Lumpur, Universiti Kuala Lumpur serta Oxford Centre of Excellence of United Kingdom.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Ekspo Buku 1Malaysia yang juga Pengerusi YPBN, Hasan Hamzah berkata ekspo itu bertujuan memartabatkan industri penulisan dan penerbitan negara.

10 MDN Membelek Buku Terbitan Salah Sebuah Syarikat Yang Membuat Jualan

Menurutnya penerbitan dan pemasaran buku ilmiah di negara ini perlu memiliki elemen global bagi memenuhi kehendakpasaran, selain mampu menjadi rujukan dunia.

Beliau berkata YPBN meletakkkan misi dan matlamat untuk memartabatkan industry perbukuan negara supaya setanding negara maju.

ÔÇ£YPBN komited membantu kerajaan memupuk minat membaca dan menulis di kalangan rakyat berbilang bangsa.

ÔÇ£Industri buku negara memerlukan transformasi khusus dalam mencapai hasrat mengangkat industri kreatif tanah air bagi menerobos pasaran global. Dan sudah tiba masanya penulis tempatan menghasilkan karya bukansetakat untuk pasaran global,ÔÇØ katanya.

Hassan berkata kini sudah tiba masanya penulis tempatan menghasilkankarya bukan setakat untuk pasaran tempatan, malah seharusnya mendapat sambutan pasaran antarabangsa.

Penulis dan penerbit tempatan wajar menghasilkan buku untuk pasaran duniasejajar aspirasi wawasan 2020.

Sehubungan itu, YPBN berbesar hati menganjurkan Ekspo Buku1Malaysia Edisi ketiga yang berlangsung sehingga 15 Disember ini.

Ekspo ini disertai 100 peserta kalangan penerbitpengedar dan penulis buku, termasuk agensi kerajaan berkaitan.

Ia turut menawarkan pelbagai koleksi terkini buku dan buku kepeluan sesi pesekolahan 2014.

Pengunjung boleh membeli buku dengan potongan harga sehingga 70 peratus untuk buku terpilih selain pameran dan jualan lelong buku global.

Beliau menyarankan kajian ilmiah dibuat berdasarkan elemen global pasaran.

Berhubung masalah hak cipta jurnal berbahasa Inggeris pengkaji tempatan yang sukar diterjemahkan ke Bahasa Melayu, Ahmad Zahid berkata perkara itu perlu dibincangkan dengan Kementerian Pendidikan.

Pada majlis itu, Sultanah Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dinobat sebagai penerima Anugerah Pengarang Diraja menerusi buku bertajuk ÔÇ£On Common GroundÔÇØ yang merupakan himpunan artikel baginda.

Ahmad Zahid turut menyampaikan 20 anugerah lain, antaranya Anugerah Perdana Tun Sri Lanang kepada Ketua 1 Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Profesor Datuk Dr Abdul Latif Abu Bakar.

Budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia masih rendah dan perlu ditingkatkan dalam usaha mewujudkan modal insane berkualiti.

Tokoh wartawan, Datuk A Kadir Jasin berkata apa pun bahan bacaan yang diminati bukan penghalang untuk mereka mendapatkan ilmu kerana ilmu itu boleh diperoleh menerusi bacaan.

ÔÇ£Budaya ini perlu diangkat dan dijadikan satu amalan dalam masyarakat Malaysia. Untuk melihat sesuatu tamadun itu maju dan berjaya, ilmu daripada membaca ini perlu,ÔÇ£ katanya.

Terdahulu beliau menerima Anugerah Perdana ZaÔÇÖba sempena Anugerah Buku Negara yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bersempena

Ekspo Buku 1Malaysia 2013. Anugerah kepada beliau disampaikan AhmadZahid.

Kadir berkata walaupun hasil penulisan adalah pelbagai, yang lebih utama adalah mutunya serta mesejyang ingin disampaikan memiliki fakta, benar dan memberi manfaat berguna kepada masyarakat.

Mengenai bidang penulisan di negara ini, beliau berkata ia semakin menunjukkan kemajuan dengan pelbagai genre buku dan karya sudah mula dipasarkan sama ada pada peringkat tempatan mahupun luar negara.

Namun katanya, ia perlu diperbanyakkan terutama dalam penulisan akademik bagi mengelakkan masyarakat di negara ini semata-mata bergantung kepada rujukan dan bahan bacaan dari luar negara.

Menurutnya karya bermutu zaman ini yang menyentuh soal akademik, sosial dan masyarakat perlu diperbanyakkan dalam usaha membina ketamadunan penulisan di Malaysia.

Artikel Sumbangan
AZMI ABDUL MALEK

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Mei 2024.
Jumlah Pelawat : 1099725

moha qrcode