telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

KUKUHKAN SEMULA KUASA POLIS MARIN

Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhasrat untuk memperkukuhkan dan memperkasakan semula kuasa Polis Marin dengan mengembalikan tugas dan tanggungjawab yang lebih besar.

 

YB Menteri Dalam Negeri bersalaman bersama H.E Chai Xi, Duta Besar China selepas menandatangani buku pelawat

ÔÇ£Kita akan membentangkan cadangan ke Kabinet bagi memperluaskan kawasan tanggungjawab Polis Marin di laut sehingga lima batu nautika dari pantai manakala lapisan seterusnya dikawal Maritim Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam menangani kegiatan jenayah rentas sempadan,ÔÇØujar Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Ahmad Zahid sewaktu kunjungan hormat Duta Besar China ke Malaysia Chai Xi hari ini di pejabat beliau┬á di Putrajaya, semalam.

Kabinet pada tahun 2011, telah memutuskan pasukan Polis Marin hanya menjalankan tugas untuk menjaga kawasan dataran pantai, sungai-sungai, pulau dan tasik sahaja.

┬áÔÇ£Pertahanan perairan Negara akan tersusun dan mempunyai impak lebih berkesan dalam menangani apa jua bentuk pencerobohan meliputi aspek keselamatan serta ketenteraman kawasan perairan Negara,ÔÇØ ujar beliau sewaktu .┬á

Pasukan Polis Marin yang ditubuhkan pada 1 September 1947 merupakan satu entiti di bawah Polis DiRaja Malaysia (PDRM), dipertanggunjawabkan khas untuk melaksanakan tugas-tugas kepolisan di perairan wilayah Negara seluas 142,393.4 kilometer (km) persegi manakala Zon Ekonomi Ekslusif (EEZ) seluas 450,233 km persegi di bawah Seksyen 3 (3) Akta Polis.

 

YB Menteri Dalam Negeri beramah mesra bersama H.E Chai Xi, Duta Besar China

Kunjungan hormat tersebut merupakan yang terakhir bagi Chai Xi sebagai Duta Besar China di Malaysia kerana beliau akan mengakhiri tempoh tugas selama tiga tahun setengah sebagai duta di Malaysia.

Pertemuan kedua-dua pemimpin itu berlangsung selama 45 minit.

Kunjungan hormat itu juga bagi memperkukuhkan hubungan diplomatik Malaysia-China telah wujudkan sejak 39 tahun lepas disamping membolehkan kedua-dua negara menegaskan semula komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama dalam semua bidang dan menyumbang ke arah kemakmuran serta mengekalkan keamanan dan kestabilan di rantau ini.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Abdul Rahim  Mohd Radzi .

-tamat-

 

 

 

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Mei 2024.
Jumlah Pelawat : 1099718

moha qrcode