telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

KDN TIDAK AKAN BERKOMPROMI DENGAN PEMILIK SYARIKAT KAWALAN KESELAMATAN

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) sentiasa bertindak tegas kepada pihak tertentu yang melanggar undang-undang dan peraturan negara supaya keamanan, keselamatan dan ketenteraman awam berada pada tahap memuaskan.

Sehubungan itu, KDN memberi amaran tegas dan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap manamana syarikat kawalan di negara ini yang didapati bersalah kerana melanggar peraturan ditetapkan.

IMG_5560.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata setakat ini pihaknya masih mengumpul maklumat berhubung kesalahan yang dilakukan sebilangan kecil syarikat keselamatan yang didapati melanggar peraturan.

Menurutnya buat sementara ini tidak perlu diumumkan lagi senarai syarikat kawalan keselamatan yang didapati melanggar peraturan kerana masih dalam siasatan.

Jika maklumat diperoleh dan siasatan lengkap sepenuhnya, KDN akan umumkan senarai nama syarikat kawalan keselamatan itu kelak.

Pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang baru-baru ini, beliau berkata KDN tidak akan berkompromi denganmana-mana pemilik syarikat kawalan keselamatan yang didapati melanggar peraturan dan tidak akan terlepas daripada sebarang tindakan.

Baru-baru ini katanya, akhbar melaporkan KDN mendedahkan ada syarikat kawalan keselamatan didapati bekerjasama dengan kumpulan kongsi gelap apabila membekalkan senjata api untuk tujuan jenayah.

ÔÇ£Ada juga syarikat keselamatan menyewakan syarikat mereka kepada pihak lain tanpa menukar hak milik ekuiti dalam syarikat sebaliknya operasi dan pengurusan dijalankan pihak ketiga.

ÔÇ£Berikutan itu, KDN membuat penelitian terhadap 125 syarikat kawalan keselamatan yang memiliki lesen persenjataan daripada 772 syarikat kawalan keselamatan beroperasi di seluruh negara,ÔÇ£ katanya.

IMG_5611

Terdahulu, Ahmad Zahid menghadiri Majlis Penghormatan dan Sumbangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada wira negara di Padang Kota Lama.

Pada majlis itu, KDN menerima sumbangan RM300,000 daripada kerajaan negeri untuk diagihkan kepada 10 waris wira negara yang terkorban ketika mempertahankan  kedaulatan negara daripada diceroboh pengganas di Lahad Datu, Sabah.

Ahmad Zahid berkata KDN berbesar hati dengan sumbangan yang diberikan kerajaan negeri dan itu menunjukkan semangat perpaduan tinggi tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik.

ÔÇ£Saya menghargai sumbangan yang diberikan ini dan kita juga akan menjalinkan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi membendung jenayah di negeri ini,ÔÇØ katanya.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini menyalurkan sumbangan RM30,000 kepada setiap balu dan ahli keluarga 10 anggota keselamatan yangterkorban dalam Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata walaupun sumbangan itu tidak dapat mengembalikan wira negara atau menggantikan perasaan hiba ahli keluarga, pengiktirafan rakyat Malaysia dapat meyakinkan dan menyemai perasaan bangga ahli keluarga atas pengorbanan tinggi pejuang negara.

Mereka yang terkorban bukan dari Pulau Pinang namun ia bukan alasan kerajaan negeri untuk menolak tetapi berdiri teguh dan menyokong semangat juang mereka Mempertahankan kedaulatan negara.

Turut hadir menyaksikan sumbangan berkenaan ialah Panglima 2 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohd Shukri Ahmad.

Dalam majlis sama, Guan Eng turut menyampaikan RM240,000 untuk lapan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terkorban dan RM60,000 untuk dua anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Cek disampaikan kepada Ahmad Zahid mewakili PDRM manakala Mohd Shukri bagi ATM. 

 

-Disediakan  Oleh
AZMI ABDUL MALEK

-tamat-

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Mei 2024.
Jumlah Pelawat : 1099710

moha qrcode