telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

BERPADU MENGGEMBLENG USAHA: AHMAD ZAHID PEMBANTERASAN DADAH PERLU KERJASAMA PELBAGAI AGENSI

 

   DADAH adalah musuh nombor satu negara yang perlu ditangani segera kerana ia boleh merosakkan masa depan generasi muda sekaligus melumpuhkan pembangunan fizikal dan rohani rakyat.

Usaha mencegahpenyalahgunaan dadah tidakhanya terletak kepada bahukerajaan malah semua rakyatdi negara ini yang cintakankesihatan dan kesejahteraanhidup.

Gejala dadah bukansahaja merosakkan fizikaldan rohani penagih malahmenyumbang kepada   jenayah lain yang sukardikawal termasuk keskecurian, rompakan dan pembunuhan.

Walaupun pelbagai usaha sudah dilakukan beberapa dekad lalu, namun penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negara ini masih berleluasa.

Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) sentiasa menjalankan tugas berat ini kerana masih wujud penagih baharu terutama remaja di bangku sekolah dan lepasan sekolah.

Paling menyedihkan, ada pelajar yang berada di menara gading turut terjebak dengan gejala dadah ini.

Selain agensi kerajaan, pertubuhan sukarela turut membantu memulihkan penagih dadah dan meluaskan kempen anti musuh nombor satu negara ini.

Namun begitu mereka mempunyai pendekatan dan cara tersendiri melakukan kerja kebajikan ini.

Sehubungan itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) bercadang menggabungkan beberapa agensi pencegahan dadah di negara ini di bawah satu badan tunggal bagi memastikan semua proses pencegahan, pemulihan dan pembanterasan dadah dapat diselaraskan dengan lebih berkesan.

Antara agensi terlibat adalah Pemadam, AADK, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dalam PolisDiraja Malaysia (PDRM),Unit Pencegahan DadahJabatan Kastam DirajaMalaysia (JKDM) sertaagensi dadah dalam Jabatan Kesihatan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata badantunggal itu yang akan diletak di bawah kementeriannya akan ditubuhkan selewatlewatnya awal tahun hadapan.

ÔÇ£Saya merasakan badan tunggal yang mengendalikan kes pencegahan, pemulihan dan pembanterasan dadah seperti dilakukan di negara lain seperti di Indonesia harus dilaksanakan di negara ini,ÔÇ£ katanya selepas menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan Pemadam di Subang Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Ahmad Zahid berkata badan tunggal itu bukan sekadar melibatkan Pemadam, AADK serta JSJN dalam PDRM sahaja malah perlunya membabitkan Kastam, Kementerian Kesihatan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain. ÔÇ£Apa yang kita mahu bukan banyak badan tetapi pembanterasan dadah sehingga ke peringkat akar umbi,ÔÇØ tegasnya. Ahmad Zahid berkata KDN sedang menyediakan kertas kerja berhubung perkara itu untuk dibentangkan di Parlimen sebelum mendapat kelulusan jemaah Kabinet.

Menurutnya KDN perlu mendapat ulasan daripada beberapa kementerian terlebih dahulu namun saya yakin perkara ini akan mendapat sokongan daripada semua pihak.

Ditanya tentang  kemungkinan JSJN akan dimansuhkan dalam PDRM setelah badan tunggal pencegahan dadah ditubuhkan, Ahmad Zahid berkata jabatan berkenaan akan memainkan peranan besar dalam badan baharu nanti. Badan baharu itu dijangka dapat membanteras gejala dadah di negara ini dengan lebih berkesan apabila semua tenaga dan kepakaran masing-masing disatukan dibawah satu bumbung.

Badan berkenaan juga lebih memudahkan kerajaan melakukan pemantauan dan penyelarasan aktiviti. Masalah-masalah dadah mampu dihapuskan kerana terdapat beberapa wakil pelbagai parti politik berada dalam kepimpinan Pemadam dan ia merupakan satu kombinasi yang baik. Sekiranya badan tunggal ini diwujudkan ianya juga akan mendapat sokongan daripada mereka.

Beliau juga berkata sokongan ini bolehmembantu Pemadam menjalankan peranan di peringkat akar umbi sekiranya tiada peruntukan yang diberikan.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata KDN tidak boleh membekalkan senjata api kepada mana-mana jabatan kerajaan meskipun permohonan dibuat bertujuan membanteras kegiatan jenayah.

Ini berikutan Akta Senjata Api 1960 tidak dibenarkan senjata api dibekalkan kepada mana-mana jabatan kerajaan, selain ia melanggar syarat pemberian permitnya.

Sebaliknya mencadangkan jabatan kerajaan yang mahu penguatkuasanya dibekalkan senjata api supaya mewujudkan sendiri jabatan polis bantuan bagi membolehkan senjata api dibekalkan.

Menurutnya pemberian senjata api kepada mana-mana jabatan kerajaan atau swasta tanpa adanya polis bantuan adalah membahayakan kerana ia boleh disalah guna sekali gus menjejaskan integrity PDRM.

Sebelum ini, Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands memohon senjata api.

Katanya sekiranya KDN membenarkan permohonan mereka, tidak mustahil lebih banyak jabatan kerajaan akan membuat perkara sama.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah akhbar tempatan berhubung permohonan Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands yang mahu penguatkuasanya dibekalkan dengan senjata api untuk membanteras kegiatan pencerobohan tanah haram di bukit peranginan itu.

Pegawai Daerahnya, Datuk Ahmad Daud berpendapat pembekalan senjata api dan operasi bersepadu membabitkan pelbagai agensi penguatkuasa antara pendekatan untuk mengatasi masalah pencerobohan haram.

Beliau berkata usaha membanteras pencerobohan tanah kerajaan mendedahkan pegawainya kepada risiko keselamatan termasuk tindak balas luar jangka.

Beliau juga berharap pejabat berkenaan mempertimbangkan cadangannya dengan menubuhkan unit polis bantuan sendiri, bagi memantapkan gerakan membanteras penceroboh haram di Cameron Highlands.

Sementara itu, teks ucapan perasmian Perdana Menteri yang disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim turut menyebut masalah penyalahgunaan dadah di negara ini adalah serius dan memerlukan perhatian yang sewajarnya daripada semua pihak.

ÔÇ£Pemadam selaku NGO mesti dilibatkan di semua peringkat. Oleh itu, jalinan kerjasama yang sedia ada perlu diperkemas dan ditingkatkan.

ÔÇ£Semua agensi kerajaan yang terbabit dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah khususnya pihak JSJN, PDRM, Kastam, Imigresen, AADK dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlulah meneruskan jalinan pintar bersama Pemadam supaya permasalahan yang kita hadapi boleh dikawal,ÔÇØ katanya.

Menurutnya dalam urusan menangani masalah sosial khususnya berkaitan dengan dadah, tidak ada satu kaedah induk.

Beliau melihat banyak kaedah yang boleh digunakan untuk memastikan permasalahan ini dibendung dan di sini datangnya peranan NGO.

Pendekatan mengikut acuan kita sendiri adalah lebih baik daripada mengikut acuan orang lain.

 

Artikel disumbangkan Azmi Abdul Malek,
 Ketua Komunikasi Korporat,
Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya

 

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Mei 2024.
Jumlah Pelawat : 1099716

moha qrcode