telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

PROGRAM UNITED AGAINST CRIME THROUGH EYES IN THE SKY

Shah Alam,13 Disember 2013 -  Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid bin Abu Bakar telah merasmikan Program United Against Crime Through Eyes In The Sky bertempat di Perkarangan IPD Shah Alam Selangor, baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid bin Abu Bakar berkata, majlis ini juga bertujuan memaklumkan kepada masyarakat bahawa pihak kerajaan telah membelanjakan sejumlah┬á┬áperuntukan untuk keselamatan masyarakat di seluruh negeri ini dengan menempatkan CCTV di lokasiÔÇôlokasi strategik. Program┬áSafecam Partnership┬áini akan bertindak sebagai penambahan jaringan Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar pemilik premis dapat berkongsi maklumat keselamatan dan risikan dengan pihak PDRM.

Secara tidak langsung, ia memberi kemudahan kepada PDRM untuk mendapatkan akses yang cepat kepada rakaman bagi tujuan mendapatkan bahan bukti dan pendakwaan kes-kes jenayah menerusi rakaman CCTV.

Mengambil kira manfaat teknologi itu dalam konteks kawalan pencegahan jenayah, sebanyak 666 unit CCTV telah dipasang di lokasi-lokasi startegik di 15 daerah di negeri Selangor oleh pihak Malaysia Resources Corporation Berhad (MRCB). Kesemua CCTV ini telah dihubungkan ke pusat-pusat kawalan daerah (DCC) di semua Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD ) dan di semua bilik gerakan pihak berkuasa tempatan.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri (KDN) DatoÔÇÖ Alwi bin Haji Ibrahim, Dato Pahlawan Mohd Shukri bin Dahlan, Ketua Polis Selangor, Encik Eugene Teh, Pengarah NKRA Mengurangkan Jenayah dari Jabatan Perdana Menteri dan Datuk Dell Akhbar Khan iaitu Pengarah GTC global Sdn Bhd.

 

 

 

 

 

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Mei 2024.
Jumlah Pelawat : 1099721

moha qrcode