telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

PEMIMPIN HAMAS SANJUNG PERPADUAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR: Umat Islam yang dianggap bersaudara mestilah mengamalkan sifat tolong menolong supaya mereka terus hidup sejahtera di dunia dan akhirat.

Golongan yang bertelagah hendaklah berusaha bersatu semula agar persaudaraan bertaut semula.

Sungguhpun Kumpulan Fatah dan Hamas memperjuangkan kemerdekaan dan kedaulatan negara Palestin tetapi seringkali bertelagah pendapat dan pendirian yang dianggap bukan sahaja merugikan rakyatnya, malah umat Islam sedunia.

004

Sehubungan itu, pemimpin Malaysia dengan kerjasama badan bukan kerajaan seringkali menjadi orang tengah bagi mendamaikan dua kumpulan ini.

Antara pemimpin negara yang komited membantu rakyat Palestin membebaskan diri mereka daripada cengkaman Israel ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed dan Perdana Menteri terkini, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sejak kebelakangan ini, pemimpin Hamas kerapkali berkunjung ke negara ini termasuk musim Persidangan Agung Umno setiap tahun di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Pemimpin Hamas secara jelas dan terus terang menganggap Umno adalah sebuah parti yang mengamalkan prinsip dan perjuangan berlandaskan Islam boleh membantu mendamaikan kumpulan Hamas dan Fatah di bumi Palestin.

022

Sehubungan itu, Naib Presiden Umno yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu diminta menjadi perantara dalam rundingan perdamaian antara Hamas dan Fatah.

Menurutnya perkara itu disampaikan oleh pemimpin Hamas, Khalid Meshaal kepada beliau dalam pertemuan mereka di sini.

ÔÇ£Khalid meminta Umno dan Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) memainkan peranan sebagai perantara kerana mereka yakin serta percaya PCOM dan Umno boleh menjadi pemangkin kepada program perdamaian ini,ÔÇØ katanya kepada media di sini kelmarin.

Terdahulu, beliau menerima kunjungan hormat Khalid dan delegasi Hamas itu yang berada di negara ini untuk menghadiri Forum Antarabangsa Umno 2013, bermula kelmarin di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Ahmad Zahid berkata dalam pertemuan itu beliau turut memberi jaminan kepada Khalid yang Malaysia akan terus membantu pembangunan di Gaza dan Rafah, selain menawarkan biasiswa kepada pelajar mereka yang menyambung pengajian di negara ini.

Sementara itu, Khalid berkata sebarang peranan yang dimainkan Malaysia dalam rundingan perdamaian Hamas-Fatah itu amat dialu-alukan.Katanya rakyat Palestin mahu membebaskan tanah air mereka, hidup tanpa pencerobohan dan mengambil semula haknya yang sah.

ÔÇ£Sehubungan itu, kami memohon sokongan daripada dunia Islam dan dunia amnya terhadap perjuangan kami,ÔÇØ katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada rakyat Umno dan barisan kepimpinan negara yang berjaya mentransformasikan Malaysia menjadi antara negara peneraju di dunia.

Menurutnya pemimpin Hamas dan rombongannya kali ini gembira dapat menyertai dan bersama-sama dengan Umno dalam konvensyen diadakan.

Beliau turut mengucapkan tahniah kerana memenangi pilihan raya umum ke-13 yang lalu. Khalid berkata sebagai seorang Islam, beliau berbangga dengan pencapaian Malaysia dalam usaha menjunjung demokrasi dan pencapaian ekonominya.

Sementara itu, Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata proses transformasi dalam Umno perlu berlangsung dengan mengambil kira keperluan bagi parti itu bergerak selaras dengan realiti politik baharu yang kini mewarnai landskap politik negara.

Beliau berkata kejayaan dikecapi Umno selama ini bukan jaminan bagi kejayaan akan datang, lebih-lebih lagi susulan perubahan yang berlaku dalam landskap politik tanah air, disulami perubahan demografik dan teknologi selain peningkatan tahap pendidikan rakyat Malaysia.

ÔÇ£Untuk kekal relevan, Umno mesti sanggup melakukan transformasi agar ia mampu menjamin masa depan orang Melayu dan negara secara keseluruhannya,ÔÇØ katanya.Najib menegaskan parti yang ditubuhkan pada 1946 itu perlu meningkatkan usaha melatih pemimpin di semua peringkat yang faham dengan apa yang perlu dilakukan demi survival parti dan perjuangannya.

Beliau berkata demikian dalam wawancara khas dengan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sempena Perhimpunan Agung Umno 2013, di pejabatnya di Bangunan Parlimen, kelmarin.

Kita tak boleh lagi terima anggota Umno tanpa kita tarbiah atau didik mereka melalui kursus tertentu, bentuk minda mereka untuk berfikirdalam konteks persekitaran baharu, politik baharu, bukan lagi politik lama, katanya.

Beliau memberi peringatan bahawa anggota Umno yang tidak faham politik baharu bakal ditolak rakyat.Sehubungan itu katanya, Umno kena sesuaikan diri, (termasuk) sediakan pemimpin-pemimpin yang menghayati politik baharu.

Dalam wawancara khas 40 minit yang antara lain mengupas soal cabaran, harapan dan hala tuju Umno selepas pilihan raya umum ke-13 pada Mei dan pemilihan parti pada Oktober lepas, beliau berkata sebahagian daripada proses transformasi dalam parti sudah berjaya manakala sebahagiannya masih belum tiba ke penghujungnya.

078

ÔÇ£Umno perlu membuka pintu lebih luas kepada golongan profesional kerana ia difikirkan mampu memberi kekuatan kepada kepimpinan di peringkat bahagian dan cawangan.

ÔÇ£Ketua cawangan yang terdiri daripada golongan profesional biasanya mempunyai pengaruh lebih besar terutama di kawasan Bandar,ÔÇØ katanya.

Najib berkata penyertaan golongan profesional di semua peringkat dilihat mampu mempengaruhi masyarakat setempat dalam usaha menarik sokongan terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN), termasuk di kawasan bandar.

Oleh itu, anggota Umno mesti ada program untuk memperbanyakkan kemasukan golongan profesional dan Generasi Y terutama di kawasan bandar.Beliau mengakui bahawa kekuatan Umno dan BN sekarang masih terletak di luar bandar, namun begitu dalam masa sama ia mesti dikukuhkan di kawasan bandar.

Mengenai barisan anggota Majlis Tertinggi yang dilantik ke jawatan berkenaan baru-baru ini, beliau berkata mereka dipilih kerana difikirkan dapat membantunya mengemudi Umno.

ÔÇ£Saya cuba adun dan seimbangkan penyertaan semua kelompok untuk memperkukuhkan proses membuat keputusan dalam parti selain mencerminkan suara pelbagai golongan yang perlu diambil kira.

Seramai 25 anggota Majlis Tertinggi dipilih perwakilan dalam pemilihan parti pada Oktober manakala 13 anggota MT tambahan diputuskan Najib selaku presiden Umno.Malaysia sebagai sebuah negara Islam berjaya menunjukkan contoh yang baik tentang politik kesederhanaan kepada dunia.

Mereka percaya Malaysia telah berjaya mendukung pendekatan itu bagi mencapai keamanan dan kestabilan serantau.Peserta dari Uganda yang juga Pengerusi Eksekutif Habibi Oil Limited, Alhaj Habib Kagimu berkata Malaysia contoh terbaik bukan sahaja bagi negara Islam tetapi juga Barat, terutama mengenai pendekatan kesederhanaannya.

ÔÇ£Malaysia merupakan sebuah negara Islam yang kuat kerana pendiriannya yang menolak fanatisme dan radikalisme menjadi asas kepada keamanan,ÔÇØ katanya selepas menghadiri Forum Antarabangsa Umno 2013 di PWTC, Kuala Lumpur, kelmarin.

Forum dua hari bertema ÔÇÿPolitik Kesederhanaan Ke Arah Keamanan dan KestabilanÔÇÖ itu yang dihadiri 121 perwakilan adalah bersempena Perhimpunan Agung Umno tahun ini.Sementara itu, perwakilan dari Maldives, Muad Mohamad Zaki berkata Najib menunjukkan kepada dunia tentang politik kesederhanaan sekalipun diragui sesetengah pihak.

Katanya Perdana Menteri mengetepikan perbezaan termasuk politik, prasangka dan bekerjasama membina Malaysia ke arah yang lebih kuat demi masa depan rakyatnya.

Pesuruhjaya Tinggi Namibia ke Malaysia, Gebhard Ben Kandanga pula menggambarkan forum berkenaan sebagai platform perbincangan yang menarik, berhasil dan amat dialu-alukan delegasi asing kerana ternyata member manfaat kepada negara peserta mempelajarinya.

-Oleh AZMI ABDUL MALEK

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Mei 2024.
Jumlah Pelawat : 1099710

moha qrcode