telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

PERASMIAN HIMPUNAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA KALI KE ÔÇô 19 TAHUN 2013

 

PORT DICKSON, 8 November 2013 ÔÇö Operasi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) akan diperkasa menerusi beberapa langkah termasuk menambah dan menaik taraf perjawatannya, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata aset operasi dan logistik juga akan ditambah, manakala pejabat operasi daerah sedia ada akan dinaik taraf selain membuka pejabat operasi baharu.

JPAMPD1

ÔÇ£Memorandum mengenainya sedang disediakan dan akan dibentang melalui Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Negara,ÔÇØ katanya dalam ucapan perasmian Himpunan Pertahanan Awam Malaysia ke-19, di sini Khamis malam.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri Datuk Daud Tahir. Turut hadir Ketua Pengarah Pertahanan Awam Malaysia Datuk Suleiman Keling.

JPAMPD2

Ahmad Zahid berkata mengikut perancangan, dua projek baharu akan dilaksana tahun depan iaitu pembinaan ibu pejabat Pertahanan Awam di Sungai Merab, Selangor dengan kos RM50 juta serta projek fasa 2 Pusat Latihan Pertahanan Awam di Kluang, Johor dengan kos RM50 juta.

Katanya ambulans JPAM juga ditambah sebanyak 90 unit lagi iaitu 45 tahun ini dan baki akan diterima tahun depan.

Lebih 1,500 pegawai dan anggota JPAM dari seluruh negara menyertai himpunan tiga hari itu yang juga pelabuh tirai sidang latihan JPAM bagi tahun ini yang merangkumi tiga peringkat latihan utama iaitu latihan asas, latihan lanjutan dan latihan kemahiran.

Pada majlis itu Daud turut menyampaikan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) kepada 40 pegawai dan anggota JPAM yang terlibat dalam Operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini.

JPAMPD4

 

Sumber : http://www.bernama.com.my/bernama/v7/bm/newsindex.php?id=991700

07112013

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Mei 2024.
Jumlah Pelawat : 1099723

moha qrcode