telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

KDN KAJI CADANGAN POLIS BANTUAN GANTI PENGAWAL KESELAMATAN

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) ÔÇö Kementerian Dalam Negeri akan mengkaji semula cadangan agar khidmat polis bantuan atau polis sukarelawan (PVR) digunakan bagi menggantikan pengawal keselamatan yang dibekalkan syarikat kawalan keselamatan di pejabat kerajaan dan kawasan perumahan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ini kerana ia melibatkan implikasi kewangan kerajaan dan pemindaan perundangan.

Mengenai cadangan menyediakan anggota polis bantuan mengawal di kawasan perumahan menggantikan tugasan kawalan keselamatan swasta, Ahmad Zahid berkata perkara itu juga sedang dalam pertimbangan kementeriannya.

ÔÇ£Oleh kerana syarikat kawalan keselamatan tertakluk pada Akta Syarikat Persendirian, tentunya ia melibatkan kajian semula akta ini kerana hal ehwal syarikat.

ÔÇ£Kita akan meneliti perkara ini dengan mengambil kira pandangan badan bukan kerajaan, Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebelum ia dapat dilaksanakan dan akhirnya dibawa ke Parlimen,ÔÇØ katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian selepas majlis penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) kepada 156 anggota polis yang terlibat dalam Op Daulat di Lahad Datu, Sabah, Februari lepas.

Beliau mengulas cadangan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada 24 Nov lepas agar khidmat pengawal keselamatan di semua pejabat kerajaan digantikan dengan khidmat polis bantuan bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Turut hadir pada majlis itu, timbalannya Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ahmad Zahid berkata kedua-dua cadangan berkenaan akan dibawa ke Kabinet sebelum dibentangkan kepada Parlimen untuk menggubal satu undang-undang yang lebih khusus terhadap aspek keselamatan dan tatacaranya.

ÔÇô BERNAMA

Kuala Lumpur, 27112013

 

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Mei 2024.
Jumlah Pelawat : 1099713

moha qrcode