telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

LAWATAN YB TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI KE CCH KUBANG PASU

Kubang Pasu, 12 Januari 2014 ÔÇô YB Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah mengadakan lawatan ke Caring Community House (CCH) Kubang Pasu yang bertindak sebagai pusat aktiviti kemasyarakatan yang digerakkan komuniti setempat melalui satu jawatankuasa yang melaksanakan program pendidikan pencegahan dan pemulihan seperti kelompok sokong banti/social, program motivasi, kerohanian dan intergrasi yang dilaksankan di bawah seliaan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) semenjak tahun 2010.

Kedah merupakan negeri yang mudah untuk mendapat bekalan ketum dan ia merupakan penjana pendapatan lumayan kepada sesetengah masyarakat. Namun penyalahgunaan daun ketum mendatangkan kesan yang negatif kepada kesihatan terutamanya remaja yang telah terdedah di awal usia. YB Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mencadangkan agar pokok ketum ini diganti dengan tumbuhan lain seperti ÔÇÿsteviaÔÇÖ yang daunnya boleh diproses bagi menggantikan gula dan pulangannya juga lumayan seperti penjualan daun ketum.

5 TMDN Melihat Sendiri Daun Ketum

Beliau juga berkata dadah merupakan musuh utama pada masa kini yang telah berkembang sehingga penghasilan dadah sintetik. Namun PDRM kini telah menubuhkan satu unit khas bagi menangani masalah ini dan AADK juga memainkan peranan dalam membantu mereka yang mengalami masalah  penagihan dadah dengan mewujudkan CCH bagi membolehkan penagih mendapatkan rawatan untuk kembali pulih dan menghilangkan ketagihan dadah. Empat buah lagi CCH akan ditambah diseluruh Negeri Kedah bagi membantu lebih ramai pesakit dan memudahkan mereka mendaptkan bantuan daripada segi kaunseling dan sokongan moral.

Turut hadir, YBhg. Datuk Hj. Ahmad Zaini B. japar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam dan Puan Sri Datuk Zuraidah Bt. Hj. Mohamed, Ketua Pengarah AADK.  

-tamat-

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 15 Mei 2024.
Jumlah Pelawat : 1099718

moha qrcode