telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

Soalan Lazim

 

1. Apakah sumber kuasa penubuhan Lembaga Penapis Filem?

Lembaga Penapis Filem (LPF) ditubuhkan mengikut Seksyen 4, Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620). Akta ini dikuatkuasakan oleh Menteri Dalam Negeri.

 

2.Apakah fungsi LPF?

LPF berfungsi melaksanakan dasar berkaitan penapisan filem dan menapis filem berdasarkan Akta Penapisan Filem 2002.

 

3. Apakah yang dimaksudkan dengan filem?

Dibawah Perkara 3, Akta Penapisan Filem 2002, filem ditakrifkan sebagai keseluruhan atau apa-apa bahagian:

  1. i. Sesuatu filem sinematografi; dan
  2. ii. Sesuatu pita video, disket, cakera laser, cakera padat, cakera keras dan rekod lain, yang asal atau pendua bagi suatu urutan imej gambar tapak, yang merupakan suatu rekod yang dapat digunakan sebagai suatu cara untuk menunjukkan urutan itu sebagai suatu gambar bergerak, sama ada atau tidak diiringi dengan bunyi.

 

4. Kenapa perlu ada tapisan?

Tapisan filem perlu dibuat bagi mengawal dan menentukan kandungan filem yang ditayangkan mengambil kira aspek-aspek keselamatan, keagamaan, sosio budaya, ketertiban dan ketatasusilaan demi untuk kepentingan Negara dan masyarakat.

 

5. Apakah jenis filem yang ditapis?

Filem yang ditapis ialah semua jenis filem dan bahan publisiti filem seperti yang ditakrifkan dalam Akta Penapisan Filem 2002.

 

6. Bagaimana hendak mengetahui sesuatu filem telah diluluskan oleh LPF?

Setiap filem yang diluluskan akan dikeluarkan Sijil 'A'. Sementara itu, salinan filem berkenaan yang dijual hendaklah mempunyai Sijil 'B'.

 

7. Apakah keputusan atau klasifikasi yang dikeluarkan oleh LPF?

Bagi sesuatu tapisan, keputusannya adalah seperti berikut:

  1. Lulus Bersih (LB) atau;
  2. Lulus Dengan Pengubahan (LDP) atau;
  3. Tidak Diluluskan Untuk Tayangan (TUT)

 

Sementara itu, terdapat tiga jenis klasifikasi iaitu:

U

  • Kategori ini untuk tontonan semua lapisan masyarakat tanpa mengira had umur. Filem memaparkan nilai-nilai murni, kesopanan dan memberi pengajaran positif serta menghiburkan.

P13

  • Penonton berumur di bawah 13 tahun memerlukan pengawasan dan bimbingan ibu bapa atau penjaga ketika menonton. Filem mengandungi unsur seram, menakutkan, adegan atau aksi negatif, unsur suspen dan mengejutkan tetapi tidak berlebihan; jalan cerita yang sukar difahami dan unsur yang boleh mengganggu emosi kanak-kanak.

18

  • Kategori ini untuk penonton yang berumur 18 tahun dan ke atas. Filem mengandungi unsur seram, ngeri serta ganas tetapi tidak keterlaluan; adegan kedewasaan yang tidak keterlaluan dan aspek sosial politik serta agama yang sensitif yang memerlukan tahap kematangan tinggi untuk memahaminya.

 

8. Apakah yang perlu dikemukakan untuk memohon kelulusan LPF?

Bagi filem tempatan, kemukakan:

  1. Borang Permohonan Permit/Penapisan Filem yang dikeluarkan oleh LPF yang lengkap diisi
  2. Surat Akuan Berkanun mengenai pemilikan filem
  3. Filem berbentuk 35mm/DVD/VCD, bahan publisiti
  4. Sinopsis cerita filem berkenaan

Bagi filem iklan, dokumen tambahan yang diperlukan:

  1. Resit pembayaran FINAS,
  2. Kelulusan agensi berkaitan bagi pengiklanan produk-produk yang ditetapkan
  3. Rangka cerita (Story Board)

Bagi filem import, kemukakan:

  1. Borang Permohonan Permit/Penapisan Filem
  2. Surat Akuan Berkanun mengenai pemilikan filem
  3. Dokumen kelulusan Kastam
  4. Filem berbentuk 35mm/3D/2D/DVD/VCD, bahan publisiti
  5. Sinopsis cerita filem berkenaan

 

9. Adakah pemilik filem boleh membuat rayuan terhadap keputusan LPF

Di bawah seksyen 21 Akta Penapisan Filem 2002, pemilik filem yang tidak bersetuju dengan keputusan LPF boleh membuat rayuan kepada Jawatankuasa Rayuan Filem dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat keputusan LPF dikeluarkan.

 

10. Siapa yang boleh menjadi Ahli Lembaga Penapis Filem (ALPF)?

Syarat kelayakan untuk menjadi ALPF:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 25 hingga 65 tahun.
  3. Berkelayakan sekurang-kurangnya peringkat Diploma atau kelayakan yang setaraf dengannya.
  4. Mempunyai tahap kesihatan yang baik
  5. Berpengalaman luas dalam bidang-bidang tertentu seperti pentadbiran, pengurusan, keagamaan, penguatkuasaan, keselamatan, penyairan dan lain-lain bidang yang bersesuaian.
  6. Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai bahasa.
  7. Berkebolehan menulis laporan dalam bahasa Melayu dengan baik.
  8. Mempunyai sikap, tahap kematangan dan kecenderungan yang sesuai, dan berkebolehan menganalisis dengan baik.

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 26 April 2024.
Jumlah Pelawat : 1091878

moha qrcode