telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

Permohonan Lesen Baru

SYARAT-SYARAT UNTUK MEMOHON LESEN AGENSI PERSENDIRIAN DI BAWAH AKTA EJENSI PERSENDIRIAN 1971

1. Mengikut Akta Ejensi Persendirian, 1971:

  • Lesen 2(a)
    • Mengadakan pengawal dan perlindungan bagi keselamatan dari seorang lain atau bagi keselamatan harta atau urusan orang lain
  • Lesen 2(b)
    • Mendapatkan dan memberi maklumat mengenai kelakuan, aktiviti-aktiviti atau hal ehwal seorang lain

2. Kementerian Dalam Negeri telah menetapkan syarat permohonan lesen Agensi Persendirian di bawah Seksyen 3, Akta Ejensi Persendirian 1971 bagi permohonan lesen 2(a) ataupun lesen 2(a) dan lesen 2(b) adalah mengikut syarat-syarat seperti berikut;

  • Salinan kertas kerja perancangan perniagaan bersama biodata pemegangsaham dan ahli lembaga pengarah syarikat.
  • Salah seorang pemegang saham terdiri daripada sekurang-kurangnya bekas pegawai tinggi Polis DiRaja Malaysia atau Angkatan Tentera DiRaja Malaysia yang berpangkat sekurang-kurangnya ACP ATAU Kolonel yang memegang 30% ekuiti saham syarikat; ATAU
    Salah seorang terdiri daripada sekurang-kurangnya bekas pegawai awam dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional yang pernah berkhidmat dalam sektor keselamatan selama sekurang-kurangnya lima (5) tahun yang berpangkat sekurang-kurangnya gred 52 atau yang mempunyai sijil kursus keselamatan atau yang setaraf dengannya memegang 30% ekuiti saham syarikat
    Hendaklah ditubuhkan syarikat Sdn. Bhd.
  • Mempunyai modal berbayar RM300,000.00.
  • Pegangan saham syarikat dimiliki oleh Bumiputra sebanyak 70%

3. Bagi lesen 2(b) sahaja, Kementerian Dalam Negeri telah menetapkan syarat-syarat seperti berikut:

  • Salinan kertas kerja perancangan perniagaan.
  • Salah seorang pemegang saham terdiri daripada sekurang-kurangnya bekas pegawai Polis DiRaja Malaysia atau Tentera DiRaja Malaysia yang berpangkat sekurang-kurangnya ASP atau Kapten yang memegang 30% ekuiti saham syarikat.
  • Hendaklah ditubuhkan syarikat Sdn. Bhd.
  • Mempunyai modal berbayar RM50,000.00

* Borang permohonan lesen agensi persendirian boleh didapati di:

Bahagian Keselamatan Dan Ketenteraman Awam
Kementerian Dalam Negeri
Aras 10, Blok D1, Kompleks D
Kompleks Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya

* Borang adalah percuma

 

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 26 April 2024.
Jumlah Pelawat : 1093391

moha qrcode

Portal Rasmi Kementerian Dalam Negeri