Soalan Lazim Bahan Letupan Dan Senjata Berbahaya
Bahan Letupan
Mengimport, menyimpan, berniaga dan menjual bunga api jenis happy boom termasuk pop-pop
- Bagaimana untuk memohon lesen syarikat mengimport, menyimpan, berniaga dan menjual bunga api jenis happy boom dan pop-pop?
- Permohonan boleh dikemukakan kepada Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam
- Permohonan perlu mengandungi butiran seperti dalam senarai semak
- Permohonan yang lengkap perlu dikemukakan kepada alamat berikut:-
Setiausaha Bahagian
Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam
Aras 9 & 10, Setia Perkasa 1, Kompleks Setia Perkasa
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 PUTRAJAYA
No. Tel: +603-8886 8313/+603-8886 8541
No faks: 03-88891763/175
Emel:
- Bolehkah saya menjual bunga api yang diimport dari luar negara, contohnya dari negara Thailand?
- Rujuk P.U (B) 41 - Pemberitahuan Larangan Bahan Letupan 2025
- Setakat ini, pihak Kerajaan hanya membenarkan 45 jenis bunga api jenis happy boom dan pop-pop yang diimport daripada negara China sahaja untuk diniagakan dalam negara.
- Kesemua 45 jenis bunga api ini telah diuji nilai dan didapati selamat untuk dimainkan . walau bagaimanapun, orang awam diingatkan supaya mengambil langkah-langkah keselamatan dan berhati-hati semasa bermain bunga api ketika musim perayaan.
- Bilakah saya boleh menjual bunga api dan bagaimana kaedah untuk saya menjadi penjual runcit/agen atau penjaja yang berlesen?
- Bunga api jenis happy boom termasuk pop-pop hanya boleh dijual ketika musim perayaan.
- Pemohon perlu mendapat kelulusan dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) yang terdekat untuk tempoh masa yang dibenarkan sahaja.
- Pihak PDRM juga berhak menolak permohonan sekiranya tidak memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Pertunjukan Bunga Api dan Piroteknik
- Siapakah yang boleh membuat pertunjukan bunga api dan piroteknik?
- Hanya syarikat pengendali bunga api dan piroteknik yang telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang dibenarkan untuk membuat pertunjukan.
- Jabatan atau Syarikat yang hendak mengadakan pertunjukan bunga api dan piroteknik mesti melantik syarikat pengendali yang telah diluluskan oleh Kementerian.
- Bolehkah saya memohon untuk mendapatkan lesen bagi mengedar atau menjual bahan letupan jenis piroteknik?
- Hanya syarikat pengendali bunga api dan piroteknik yang telah mendapat kelulusan sahaja dibenarkan untuk mengimport dan menggunakan bahan letupan jenis ini untuk pertunjukan.
- Kementerian dan PDRM tidak mengeluarkan sebarang lesen bagi mengedar atau menjual bahan letupan jenis piroteknik.
- Bolehkah saya menjual bahan letupan jenis bunga api dan piroteknik kepada orang awam seperti bunga api jenis happy boom dan pop-pop?
- Tidak dibenarkan
- Syarikat saya berhasrat mengadakan pertunjukan bunga api sempena sambutan ulang tahun syarikat. Bolehkah saya memohon untuk majlis sedemikian?
- Boleh kerana majlis tersebut layak dipertimbangkan kerana termasuk dalam kategori majlis atau sambutan badan korporat yang mempunyai nilai komersial.
- Syarikat perlu melantik syarikat pengendali bunga api dan piroteknik untuk menjalankan pertunjukan tersebut.
- Bolehkah saya melantik syarikat pengendali bunga api dan piroteknik untuk mengadakan pertunjukan bunga api sempena majlis sambutan hari lahir saya?
- Tidak layak untuk dipertimbangkan kerana majlis bersifat peribadi.
- Tidak layak untuk dipertimbangkan kerana majlis bersifat peribadi.
Senjata Berbahaya
- Barang yang saya beli dari luar negara telah ditahan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Bagaimana kaedah untuk saya membuat permohonan pelepasan barang?
- Permohonan boleh dikemukakan dengan mengisi borang dan dihantar kepada:
Setiausaha Bahagian
Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam
Aras 9 & 10, Setia Perkasa 1, Kompleks Setia Perkasa
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 PUTRAJAYA
No. Tel: +603-8886 8313/+603-8886 8541
No faks: 03-88891763/175
Emel:
- Bolehkah saya memohon kelulusan untuk membeli senjata tajam seperti parang, keris, pedang dan lain-lain dari luar negara lebih awal sebelum barang ditahan?
- Boleh dan digalakkan supaya barang tidak ditahan apabila tiba dalam negara.
- Boleh dan digalakkan supaya barang tidak ditahan apabila tiba dalam negara.
- Berapakah tempoh masa untuk saya mendapatkan kelulusan mengimport masuk barang yang tersenarai dalam senjata berbahaya?
- Proses pertimbangan akan mengambil masa 1-2 bulan tertakluk kepada keputusan tapisan keselamatan yang dijalankan.

Bahasa Melayu
English (United Kingdom)