telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

Pengenalan

PENGENALAN PEJABAT STRATEGIK NASIONAL MAJLIS ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN (NSO MAPO)

Sekretariat Majlis Antipemerdagangan Orang telah ditubuhkan pada tahun 2008 bagi membantu Majlis Antipemerdagangan Orang sebagaimana yang diperuntukkan oleh Seksyen 6 (1) Akta Antipemerdagangan Orang 2007 (Akta 670). Akta ini telah diluluskan pada 24 April 2007 dan telah berkuatkuasa sepenuhnya pada 28 Febuari 2008.

Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (NSO MAPO) merupakan penyelaras kepada pelaksanaan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007. Pejabat ini berperanan sebagai urus setia kepada Majlis dalam pelaksanaan fungsi dan kuasa Majlis sepertimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 7 ATIPSOM 2007.

Walaubagaimanapun, jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran yang kian berleluasa pada masa kini membawa kepada pindaan Akta Antipemerdagangan Orang 2007. Akta ini dipinda untuk memasukkan bahagian baru khusus bagi menangani jenayah penyeludupan migran serta meminda beberapa peruntukan sedia ada mengenai pemerdagangan orang. Akta ini mula berkuatkuasa pada 15 November 2010 dan dikenali sebagai Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007. Sehubungan dengan itu, Sekretariat Majlis Antipemerdagangan Orang telah ditukar nama kepada Sekretariat Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran.

Selain itu, Pejabat ini juga menyelaras isu-isu dan kerjasama antarabangsa berkaitan jenayah rentas sempadan dan keselamatan negara terutama jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran. Kerjasama antarabanga ini merangkumi kerjasama pelbagai hala, dua hala dan diperingkat rantau Asia Tenggara.

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 22 Mac 2024.
Jumlah Pelawat : 1077726

moha qrcode