telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

Pengenalan

 

Pada 18 Mac 2008, Y.A.B Perdana Menteri telah mengumumkan penyusunan semula kementerian bagi pembentukan Kabinet selepas Pilihanraya Umum ke-12 dengan mencantumkan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN), menjadi Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Bahagian ini telah diwujudkan pada 16 Ogos 2008. Manakala, Waran Perjawatan W. P. Bil. K 104/2008 untuk Bahagian ini dikeluarkan pada 26 Ogos 2008 dan Arahan Pentadbiran oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Bil. 3 Tahun 2008 telah dikeluarkan 10 September 2008. Bahagian ini telah diletakkan di bawah Sektor Keselamatan yang diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan).

Sebelum penubuhannya, fungsi-fungsi Bahagian ini dijalankan oleh Bahagian Keselamatan dan Ketenteramam Awam. Pada awal penubuhannya, ia dinamakan sebagai Bahagian Kepenjaraan, Antidadah dan Pertahanan Awam (PDP) selaras dengan usaha memperkemaskan peranan KDN. Namun, pada pertengahan tahun 2015 Bahagian ini telah ditukarkan nama kepada Bahagian Kepenjaraan, Antidadah dan RELA (PDR), apabila Jabatan Pertahanan Awam Malaysia ditempatkan di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Pasukan Sukarelawan Malaysia dinaiktaraf sebagai sebuah Jabatan di Kementerian Dalam Negeri. Bahagian ini, secara amnya memantau pelaksanaan dasar, undang-undang dan peraturan di tiga agensi di bawah KDN, iaitu Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan dan Jabatan Sukarelawan Malaysia.

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 22 Mac 2024.
Jumlah Pelawat : 1077754

moha qrcode