telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

Pengenalan Kepada Permit Penerbitan

Pengenalan Kepada Permit Penerbitan

 

Akhbar ertinya apa-apa hasil penerbitan yang mengandungi berita, penerangan, laporan kejadian atau apa-apa pendapat, pemerhatian atau ulasan, berhubung dengan apa-apa berita, penerangan atau kejadian, atau dengan apa-apa perkara lain, yang menarik minat orang ramai, atau apa-apa majalah, komik atau bentuk majalah berkala lain yang dicetak dalam apa-apa bahasa untuk dijual atau diedarkan dengan percuma pada lat tempoh yang kerapatau tidak kerap, tetapi tidak termasuk apa-apa hasil penerbitan yang diterbitkan oleh atau untuk Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri atau Kerajaan Singapura; 
 
Adalah menjadi satu kesalahan untuk mencetak, mengimport, menerbit dsb. akhbar tanpa permit.
 
Tiada seorang pun boleh mencetak, mengimport, menerbit, menjual, mengelilingi, atau mengedar atau menawar untuk menerbitkan, menjual, mengelilingi atau mengedar apa-apa akhbar yang dicetak di Malaysia atau Singapura melainkan jika permit telah diberi oleh Menteri berkenaan dengan akhbar itu.
 
Mana-mana orang - 
 
(a) mencetak apa-apa akhbar yang berkenaan dengannya permit telah tidak diberi atau yang berkenaan dengannya permit telah dibatalkan atau digantung; atau
 
(b) mengimport, menerbit, menjual, mengelilingi, atau mengedar, atau menawar untuk menerbit, menjual, mengelilingi, atau mengedar, atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu, apa-apa akhbar yang dicetak di Malaysia atau Singapura yang berkenaan dengannya tiada permit telah diberi atau yang berkenaan dengannya permit telah dibatalkan atau digantung,
 
adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau kedua-dunya

Jenis Permit Penerbitan

Terdapat 2 jenis permit penerbitan di bawah peruntukkan AMCP 1984;


Permit Penerbitan (Malaysia)

Seksyen 6 (1) (a) AMCP 1984: Permit yang diberi kepada mana-mana orang untuk mencetak dan menerbitkan akhbar di Malaysia.
( Contoh No.Permit Penerbitan: PP 15.../02/2009(02....) - Semenanjung )
( Contoh No.Permit Penerbitan: PPK 15.../02/2009(02....) - Sarawak )
(Contoh No.Permit Penerbitan: PPH 15.../02/2009(02....) - Sabah )


Permit Penerbitan (Singapura)

Seksyen 6 (1) (b) AMCP 1984: Permit yang diberi kepada mana-mana tuan punya mana-mana akhbar di Singapura membenarkan akhbar itu diimport, dijual, atau diedar di Malaysia.
( Contoh No.Permit Penerbitan: PPS 15.../02/2009(02....) - Singapura )

Pengecualian Permit Penerbitan

Penerbitan Tidak Berkala (One-Off Publication);
Hasil penerbitan atau apa-apa dokumen atau majalah berkala oleh atau untuk Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri atau mana-mana Badan Berkanun dibawah Seksyen 25 (1) AMCP 1984 ;dan
Melalui perintah Menteri yang disiarkan dalam Warta di bawah Seksyen 25 (2) AMCP 1984.


Pemohon

Syarikat Sdn. Bhd./ Bhd., pemohon mestilah salah seorang daripada Ahli Lembaga Pengarah atau Setiausaha Syarikat yang mana nama tersebut terdapat di dalam Borang 49;
Perniagaan Tunggal/ Perkongsian, pemohon mestilah rakan kongsi utama atau rakan kongsi yang mana nama tersebut terdapat dalam Borang A atau Borang B;
Pertubuhan/Persatuan/Koperasi/dll., permohonan hendaklah dibuat atas nama Pengerusi/Presiden/Setiausaha; Pertubuhan Serantau/Antarabangsa, permohonan dibuat atas nama wakil.

Kadar Bayaran

Bayaran boleh dibuat melalui bank draf atau wang pos berdasarkan kepada kekerapan seperti berikut:

Harian  RM 3,000.00
5 atau 6 kali seminggu  RM 2,000.00
2 atau 3 atau 4 kali seminggu  RM 1,000.00
Mingguan RM   800.00
2 atau 3 kali sebulan RM   500.00
Bulanan RM   400.00
1 hingga 11 kali setahun RM   300.00
Surat Berita RM     50.00

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 19 Mac 2024.
Jumlah Pelawat : 1072176

moha qrcode