telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

Klasifikasi Filem

klasifikasi1

KLASIFIKASI FILEM

Pada masa ini filem yang diluluskan oleh Lembaga Penapis Filem dikelaskan kepada tiga kategori iaitu U, P13 dan 18. Penjelasannya adalah seperti berikut:

U

-  Kategori ini untuk tontonan semua lapisan masyarakat tanpa had umur. Filem memaparkan nilai-nilai murni, kesopanan dan memberi pengajaran positif serta menghiburkan.

P13

- Penonton berumur di bawah 13 tahun memerlukan pengawasan dan bimbingan ibu bapa atau penjaga ketika menonton. Filem mengandungi unsur seram, menakutkan, adegan atau aksi negatif, unsur suspen dan mengejutkan tetapi tidak berlebihan; jalan cerita yang sukar difahami dan unsur yang boleh mengganggu emosi kanak-kanak.

18

- Kategori ini untuk penonton yang berumur 18 tahun dan ke atas. Filem mengandungi unsur seram, ngeri serta ganas tetapi tidak keterlaluan; adegan kedewasaan yang tidak keterlaluan dan aspek sosial politik serta agama yang sensitif yang memerlukan tahap kematangan tinggi untuk memahaminya.

 

Klasifikasi Filem Terdahulu


Pengkelasan filem diperkenalkan pada tahun 1953 yang mengkelaskan filem kepada dua kategori iaitu Untuk Orang Dewasa Sahaja dan Tontonan Umum.

Mulai tahun 1996 pengkelasan berubah kepada U dan 18. Klasifikasi 18 dibahagikan pula kepada 4 kategori kecil seperti berikut:

18SG

- mengandungi unsur-unsur ganas atau seram tetapi tidak keterlaluan

18SX

- mengandungi unsur-unsur seks tetapi tidak keterlaluan

18PA

- menyentuh aspek-aspek agama, sosial dan politik

18PL

- mengandungi gabungan dua atau lebih unsur-unsur di atas iaitu ganas, seram dan seks

Pada April 2010 pengkelasan filem berubah kepada U, PG13 dan 18. Seterusnya pada Januari 2012 pengkelasan berubah kepada seperti diguna pakai sekarang iaitu U, P13 dan 18.

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 22 Mac 2024.
Jumlah Pelawat : 1077768

moha qrcode