Piagam Pelanggan
- Seksyen Pentadbiran dan Kewangan
- Memastikan pakaian seragam akan disiapkan sebelum penghujung bulan Mac pada tahun semasa.
- Pengesahan tempahan bilik mesyuarat yang dibuat dapat dilakukan pada hari yang sama.
- Pengesahan tempahan makan minum yang dibuat dapat dilakukan pada hari yang sama dengan syarat tempahan diterima sehari sebelum.
- Aduan dibuat mengenai penyelenggaraanakan disampaikan pada pihak kontraktor pada hari sama. Status menyemak kerja-kerja penyelenggaraan akan dijalankan dari masa ke semasa.
- Pembukaan fail atau menutup fail akan dilakukan dalam masa satu hari.
- Seksyen Pengurusan Aset dan Logistik
- Pendaftaran ast dilaksanakan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas perolehan aset diterima.
- Permohonan stok dari Bahagian akan diproses dalam tempoh satu hari bekerja oleh Stor Utama, KDN.
- Permohonan kenderaan secara online diluluskan selewat-lewatnya sehari sebelum hari perjalanan.
- Seksyen Inovasi Dan Keurusetiaan
- Mengedarkan Minit Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT) Kementerian Dalam Negeri dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh mesyuarat.
- Mengedarkan Minit Mesyuarat Mingguan Sektor Pengurusan (MMSP) Kementerian Dalam Negeri dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh mesyuarat.
- Mengedarkan Minit Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) Kementerian Dalam Negeri dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh mesyuarat.
- Memproses permohonan lawatan persendirian ke luar negara dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.