telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

MEKANISME BARU TANGANI PENDATANG ASING

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen akan mengadakan mesyuarat khas bersama agensi kerajaan negeri dan daerah, termasuk ketua kampung bagi membincangkan mekanisme berkesan menangani isu pendatang asing di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata beliau sendiri akan mempengerusikan mesyuarat itu yang dijangkakan dilakukan selepas Hari Raya sebelum hasil perbincangan dibentangkan kepada Jemaah Menteri.

Beliau berkata, kementerian memerlukan pembabitan semua pihak dari pelbagai peringkat untuk memberikan input supaya tindakan penguatkuasaan dapat dilakukan secara lebih berkesan, memandangkan isu pendatang asing sudah menjadi isu nasional.

“Isu pendatang asing ini bukanlah isu baru malah, sudah berlanjutan berapa tahun lamanya, tetapi sehingga kini masih belum dapat diselesaikan.

“Justeru, pendekatan baru secara lebih holistik akan diambil untuk masa depan dengan mendapatkan kerjasama rakyat dari semua peringkat.

“Mereka ini akan jadi mata, telinga juga tangan kepada kerajaan untuk menyokong tindakan ini (membanteras pendatang asing) kerana ini masalah nasional,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meluangkan masa meninjau operasi penguatkuasaan bersepadu Jabatan Imigresen bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Kampung Baru dan Chow Kit, di sini, malam ini.

Yang turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, agensi penguatkuasaan mahu pembabitan sukarela daripada masyarakat dalam membantu menyalurkan maklumat berkaitan dan tidak hanya bergantung kepada risikan Jabatan Imigresen serta agensi keselamatan lain.

“Mereka (masyarakat) tak ada kuasa menahan tetapi mereka boleh beri maklumat kerana mereka ini lebih tahu di mana (pendatang asing) dan apa yang dilakukan pendatang itu. Ia penting bagi kita supaya Jabatan Imigresen boleh mengambil tindakan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata sepanjang tempoh 1 Januari sehingga 27 Mei lalu, sebanyak 7,501 operasi penguatkuasaan dijalankan Jabatan Imigresen di seluruh negara.

Daripada operasi itu, seramai 95,029 orang diperiksa dan penguat kuasa menahan seramai 22,473 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari pelbagai warganegara atas pelbagai kesalahan imigresen.

Selain PATI, katanya, operasi turut menahan 577 majikan dengan 312 daripada mereka sudah diambil tindakan pendakwaan.

“Daripada jumlah keseluruhan PATI yang ditahan, tangkapan tertinggi membabitkan warganegara Indonesia seramai 16,098 orang, diikuti Bangladesh (10,039 orang), Filipina (4,669 orang), Myanmar (4,155 orang) dan bakinya dari negara-negara lain.

“Jumlah keseluruhan PATI yang sudah diusir pula seramai 28,853,” katanya.

Sementara itu, dalam operasi bermula jam 9.30 malam itu, seramai 134 PATI ditahan atas pelbagai kesalahan dan mereka dibawa ke depot imigresen untuk tindakan lanjut.

 

Sumber: Berita Harian

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/05/569168/mekanisme-baru-tangani-pendatang-asing

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 22 Mac 2024.
Jumlah Pelawat : 1077186

moha qrcode