telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

Dana khas ASB RM1.5 bilion kepada warga PDRM - PM Najib Razak

 

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Kerajaan menerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) memperuntukkan dana khas Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak RM1.5 bilion menerusi Skim Pelaburan ASB i-KOP kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata skim khas itu dijangka memberi manfaat kepada seluruh warga PDRM yang menjadi anggota Koperasi PDRM, bakal pesara yang berusia 55 tahun serta pesara polis untuk jaminan masa hadapan mereka.

Pengumuman itu dibuat Najib ketika berucap pada Majlis Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-211 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) di sini, hari ini yang turut dihadiri isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Dalam ucapannya, Najib turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM15 juta untuk kerja-kerja pembaikan di seluruh kuarters Pulapol, Kuala Lumpur.

"Gunalah peruntukan ini sama ada untuk memperbaiki lif atau apa jua kerosakan di kawasan ini," katanya.

Selain itu, Perdana Menteri berkata kerajaan turut meluluskan sebanyak 10,000 unit rumah menerusi Skim Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia Polis Diraja Malaysia (PPA1M-PDRM) yang diumumkan pada Bajet 2018 untuk membantu anggota PDRM yang belum memiliki rumah sendiri.

"(Setakat ini) sebanyak 840 unit sudah diluluskan untuk pembinaan menerusi usaha sama koperasi polis dan syarikat swasta. Ini akan disusuli 405 unit yang juga dibina untuk anggota PDRM di Putrajaya," katanya.

Beliau berkata harga rumah yang ditawarkan adalah jauh lebih rendah daripada harga pasaran iaitu antara RM120,000 hingga RM300,000 untuk setiap unit dengan keluasan 850 kaki persegi hingga 1,200 kaki persegi.

"Inilah beberapa pengumuman sebagai buah tangan kepada PDRM sebab saya tidak ingin tuan-tuan pulang dengan tangan kosong," katanya.

Dalam pada itu Najib turut melahirkan penghargaan kepada Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun serta seluruh warga PDRM yang sentiasa mempamerkan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan negara.

-- BERNAMA

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 19 April 2024.
Jumlah Pelawat : 1085573

moha qrcode