telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

CMC sudah beroperasi – TPM

PUTRAJAYA 24 Jan. – Pusat Serantau Digital Bagi Memintas Mesej Melalui Komunikasi (CMC) mula beroperasi sepenuhnya sejak sebulan lalu bagi melaksanakan inisiatif-inisiatif menjejaki dan mengatasi mesej-mesej berunsur keganasan, kata Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

 

Timbalan Perdana Menteri memberitahu, CMC yang dikendalikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai koordinasi dengan Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT) di bawah Kementerian Luar serta Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP).

 

“Kita tidak bergerak dan beroperasi secara sendiri. Koordinasi ini penting dan semua maklumat akan disalurkan bukan hanya kepada Aseanapol (Polis ASEAN) tetapi juga Interpol (Polis Antarabangsa).

 

“Ini supaya senarai suspek yang ada atau sebarang data diperoleh dapat diberikan kepada perhatian antarabangsa dan digunakan untuk kesiapsiagaan di peringkat antarabangsa,” kata­nya dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis Kenduri Rak­yat Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di sini hari ini.

 

Yang hadir sama Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Datuk Masir Kujat; Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim; Ketua Pengarah Rela, Zulkifli Abidin serta Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

 

CMC berperanan menjejaki dan mengatasi mesej-mesej berunsur keganasan termasuk mendapatkan maklumat mengenai aktiviti pengganas dan individu yang membiayainya.

 

Menurut Ahmad Zahid yang merupakan Menteri Dalam Negeri, beliau berpuas hati dengan operasi CMC yang mampu memperkukuhkan sistem keselamatan sedia ada dan terbukti berkesan dalam pengumpulan maklumat.

 

“Kita mempunyai kepakaran yang kukuh dalam CMC. Pemantauan kepada semua maklumat yang diperoleh sedang dan akan terus dijalankan bagi menentukan tiada unsur keganasan, radikalisme atau militan di negara kita,” katanya.

 

Katanya lagi, berdasarkan kejayaan-kejayaan pasukan keselamatan negara sebelum ini dalam pencegahan keganasan, beliau yakin CMC mampu meningkatkan lagi aspek pemantauan untuk menjaga keselamatan negara.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/cmc-sudah-beroperasi-8211-tpm-1.596578#ixzz55GtgxCA9

©Utusan Melayu (M) Bhd

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 19 April 2024.
Jumlah Pelawat : 1085472

moha qrcode