telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

Soalan-soalan Lazim

Soalan 1:  Sektor apakah yang dibenarkan untuk menggaji pekerja asing?

Jawapan: Sektor-sektor yang dibenarkan adalah seperti yang berikut : -

  • Perkilangan;
  • Pembinaan;
  • Perladangan;
  • Pertanian; dan
  • Perkhidmatan : -
    • Sub-sektor Restoran (tukang masak sahaja);
    • Sub-sektor Pencucian dan Pembersihan; dan
    • Sub-sektor Pulau Peranginan.

Soalan 2: Berapakah kadar bayaran levi bagi setiap pekerja yang diluluskan?

Jawapan : Kadar bayaran levi bagi setiap pekerja yang diluluskan adalah berbeza mengikut sektor. Setelah mendapat kelulusan, majikan hendaklah membuat bayaran levi sepertimana yang berikut:

  • Sektor perkilangan :  RM 1,850
  • Sektor pembinaan : RM 1,850
  • Sektor perladangan : RM 640
  • Sektor pertanian : RM 640
  • Sektor perkhidmatan : -
    • Restoran (tukang masak) : RM 1,850
    • Pencucian dan pembersihan :  RM 1,850
    • Pulau peranginan : RM 1,850

Soalan 3 : Apakah negara sumber pekerja asing yang dibenarkan?

Jawapan : Negara sumber yang dibenarkan untuk pengambilan pekerja asing adalah sepertimana berikut:

  • Thailand
  • Indonesia
  • Filipina
  • Kemboja
  • Myanmar
  • Lao PDR
  • Viet Nam
  • Kazakhstan
  • Nepal
  • Pakistan
  • Sri Lanka
  • Bangladesh
  • Turkmenistan
  • Uzbekistan

Soalan 4 : Adakah pekerja asing dari negara India dibenarkan untuk bekerja dalam sektor perkilangan?

Jawapan : Tidak dibenarkan. Pekerja dari negara India hanya dibenarkan bekerja di dalam sektor perkhidmatan (restoran sahaja), sektor pembinaan (high tension cable), sektor pertanian dan sektor perladangan.

Soalan 5 : Adakah pekerja lelaki dari negara Indonesia dibenarkan untuk bekerja dalam sektor perkilangan?

Jawapan : Tidak dibenarkan. Pekerja lelaki dari negara Indonesia dibenarkan bekerja di dalam semua sektor kecuali sektor perkilangan. Manakala pekerja wanita dari negara tersebut dibenarkan bekerja di dalam semua sektor.

Soalan 6 : Adakah pekerja asing dibenarkan untuk bekerja sebagai juruwang?

Jawapan: Tidak dibenarkan. Pekerja asing tidak dibenarkan bekerja sebagai pekerja barisan hadapan (frontliners).

Soalan 7 : Bagaimanakah untuk membuat permohonan kuota penggajian pekerja asing?

Jawapan : Majikan perlu membuat permohonan kepada Kementerian Sumber Manusia secara dalam talian di pautan: https://fwcms.com.my/ .

Soalan 8 : Apakah tindakan yang perlu dibuat sekiranya majikan gagal mendaftar ID di sistem ePLKS dan diminta untuk merujuk OSC, KDN?

Jawapan: Majikan perlu membuat pengemaskinian maklumat majikan / wakil majikan menggunakan borang https://www.moha.gov.my/images/Pengemaskinian_Maklumat_Majikan_atau_Wakil_Majikan_-_kemaskini_28.02.2020.pdf

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 22 Mac 2024.
Jumlah Pelawat : 1077710

moha qrcode