telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan dan Maklum Balas Peta Laman

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

logo-header

logo-header

Maklumat Perkhidmatan

Bahagian Pembangunan terbahagi kepada enam (6) Sub Unit seperti berikut:-

1. Unit PDRM (A)

  • Merancang dan melaksana Projek Pembangunan PDRM di bawah peruntukan P.06, P.62 dan PFI S.62;
  • Mengawal dan memantau peruntukan Projek Pembangunan PDRM dibawah peruntukan P.06, P.62 dan PFI S.62;
  • Mengurus permohonan Projek Projek Pembangunan PDRM dibawah peruntukan P.06, P.62 dan PFI S.62;
  • Menghadiri Mesyuarat Penyerahan Tapak Projek Pembangunan PDRM dibawah peruntukan P.06, P.62 dan PFI S.62;
  • Menghadiri Mesyuarat Penerimaan Projek Siap PDRM dibawah peruntukan P.06, P.62 dan PFI S.62;
  • Menyediakan Laporan Prestasi Kewangan & Fizikal Projek Pembangunan PDRM dibawah peruntukan P.06, P.62 dan PFI S.62; dan
  • Mesyuarat Penyelarasan Projek JKR dan PFI (PDRM).

2. Unit Jabatan, Agensi, KDN, Penswastaan dan Tanah (B)

i. Jabatan/Agensi/KDN

  • Merancang dan melaksana Projek Pembangunan dan Ubahsuai Kompleks KDN, PENJARA, JIM, JPN, AADK, ROS, RELA dan APMM di bawah Peruntukan P.62 dan PFI S.62;
  • Mengurus permohonan Projek Kompleks KDN, PENJARA, JIM, JPN, AADK, ROS,RELA dan APMM di bawah peruntukan P.62 dan PFI S.62;
  • Menyelaras/menghadiri mesyuarat penyelarasan rekabentuk bagi projek Kompleks KDN, PENJARA, JIM, JPN, AADK, ROS, RELA dan APMM di bawah peruntukan P.62 dan PFI S.62;
  • Mengawal dan memantau peruntukan Projek Pembangunan Kompleks KDN, PENJARA, JIM, JPN, AADK, ROS,RELA dan APMM di bawah peruntukan P.62 dan PFI S.62;
  • Menghadiri Mesyuarat Pra Pembinaan, Mesyuarat Tapak, Mesyuarat Penyelarasan Projek dan lain-lain mesyuarat yang berkaitan dengan projek Kompleks KDN, PENJARA, JIM, JPN, AADK, ROS, RELA dan APMM di bawah peruntukan P.62 dan PFI S.62;
  • Menyelaras Majlis Penyerahan Projek Siap Kompleks KDN, PENJARA, JPN, AADK, ROS, RELA dan APMM di bawah peruntukan P.62 dan PFI S.62;
  • Menyediakan Laporan Prestasi Kewangan & Fizikal Kompleks KDN, PENJARA, JIM, JPN, AADK, ROS,RELA dan APMM di bawah peruntukan P.62 dan PFI S.62; dan
  • Mesyuarat Penyelarasan Projek JKR dan PFI (Jabatan/Agensi).

ii. Penswastaan

  • Bertanggungjawab mengkaji, menyemak dan meneliti cadangan-cadangan penswastaan bagi tujuan mengemukakan maklumat dan cadangan kepada Jawatankuasa Kerja / Jawatankuasa Projek Penswastaan;
  • Menyediakan kertas-kertas pertimbangan, minit-minit ceraian untuk mendapatkan hala tuju cadangan projek dan menyediakan nota-nota makluman berhubung Program Penswastaan;
  • Urusetia mesyuarat kepada Mesyuarat Jawatankuasa Projek Penswastaan KDN, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Projek Penswastaan KDN dan Mesyuarat Penyelarasan Projek Penswastaan;
  • Menyediakan Memorandum Jemaah Menteri yang melibatkan Projek Penswastaan KDN; dan
  • Menghadiri mesyuarat-mesyuarat di peringkat UKAS, MOF.

iii. Tanah

  • Bertanggungjawab menyelia berkaitan proses perolehan tanah KDN dan Jabatan/Agensi meliputi proses-proses berikut:
    • Hak milik Tanah Rizab Persekutuan;
    • Pengambilan;
    • Tukar ganti;
    • Pembelian Pelepasan;
    • Bayaran Premium dan Pampasan;
    • Penyewaan Tanah;
    • Pajakan Tanah; dan
    • Pemagaran dan Ukur Halus Tanah.
  • Menguruskan rekod dan pemantauan status tanah melalui sistem maklumat tanah KDN (e-Tanah);
  • Mengurusetiakan Mesyuarat JK Pemantauan Tanah Persekutuan peringkat KDN;
  • Menghadiri Mesyuarat Pemantauan Tanah Persekutuan di peringkat JKPTG setiap negeri; dan
  • Menganjurkan dan mengurusetiakan Kursus Pengurusan Tanah yang melibatkan pegawai-pegawai KDN di peringkat Ibu Pejabat/Negeri.

3. Unit Keurusetiaan (C)

  • Bertanggungjawab sebagai Pentadbir (Admin) SPPII;
  • Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian (JTPK) dan Pra JTPK;
  • Urusetia Mesyuarat Penyelarasan Bajet Pembangunan KDN;
  • Menyelaras dan menyediakan maklumbalas daripada Agensi Pusat (ICU, EPU dan MOF) – PDRM dan Agensi;
  • Menyelaras dan menyediakan maklumbalas daripada Jab. Pembangunan Persekutuan dan Jab. Pembangunan Negeri berhubung projek pembangunan KDN;
  • Penyelaras Lawatan Turun Padang YB Menteri dan YBhg. KSU KDN dan mentadbir Sistem I- Pantau;
  • Penyelaras Kementerian bagi Jawatankuasa Kerja Penilaian Outcome (JKPO) – PDRM dan Agensi;
  • Penyelaras Lawatan Inspektorat ICU JPM;
  • Urusetia dalam melaksanakan Projek PBLT;
  • Memantau Projek Lewat Jadual dan Projek Sakit – PDRM dan Agensi; dan
  • Menyelaras peruntukan bagi kerja-kerja penyelengaraan dan membaiki pulih kuarters di bawah NBOS My Beautiful Malaysia (MYBM).

4. Unit Pentadbiran dan Kewangan (D)

  • Menguruskan hal-hal berkaitan perkhidmatan pegawai dan kakitangan di Bahagian PB;
  • Mengurus dan menyelia pengurusan rekod dan aset di Bahagian PB;
  • Merancang,menyedia dan mengurus Bajet Mengurus bagi Bahagian PB;
  • Mengurus Panjar Wang Runcit Bahagian PB;
  • Urusetia Kursus Bahagian Pembangunan;
  • Menyelaras semua maklumbalas minit mesyuarat berkaitan Bahagian PB diperingkat Kementerian dan Jabatan/Agensi;
  • Memberi perkhidmatan dalaman kepada semua sub unit di Bahagian PB;
  • Urusetia kepada JK Keselamatan, Comms Teams, Audit, 5S dan ISO; dan
  • Bertanggungjawab menyelaras aduan awam bagi Sistem Pemantauan Aduan Awam (I-SPAA).

5. Unit Teknikal PDRM (JA) & 6. Unit Teknikal Jabatan, Agensi dan KDN (JB)

  • Menyelaras brif projek dari setiap agensi dan jabatan bagi cadangan fizikal yang dirancang adalah mematuhi kepada garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan;
  • Menyelaras keperluan pelantikan dan cadangan teknikal kewangan perunding di bawah Jawatankuasa Penilaian Perunding (JPP), Lembaga Perolehan sehingga peringkat Perbendaharaan mengikut kepada kos projek yang dilaksanakan;
  • Menyelaras kepada keperluan pelantikan IKRAM bagi pelaksanaan projek-projek melibatkan masalah struktur dan cerun;
  • Memantau dan peringkat perancangan dan reka bentuk sebelum dimuktamadkan bagi tujuan pemanggilan perolehan tender / sebut harga projek di bawah Kementerian;
  • Menyelaras proses pengiklanan dengan syarikat akhbar dan laman sesawang Kementerian untuk pemberitahuan tarikh tender / sebut harga;
  • Menyelaras penyediaan dokumen pra-bida tender / sebut harga oleh pihak perunding bagi pemuktamadan dokumen meja dan dokumen tender;
  • Menyelaras hal penilaian teknikal dan kewangan bagi tujuan perakuan dan pengesyoran pelantikan kontraktor untuk keputusan di peringkat Lembaga Perolehan;
  • Memantau pihak perunding untuk memuktamadkan Dokumen Kontrak dalam tempoh yang telah ditetapkan;
  • Menghadiri Mesyuarat Tapak berdasarkan arahan dari semasa ke semasa untuk khidmat nasihat teknikal bagi tujuan pemantauan dan laporan perjalanan projek yang sedang berlangsung;
  • Menyelaras dan memperakukan bayaran interim pihak kontraktor dalam tempoh yang telah ditetapkan mengikut status kerja sebenar yang telah dilaksanakan di tapak bina;
  • Menyelaras dan memperakukan bayaran yuran perundingan serta imbuhan balik dari pihak perunding dalam tempoh yang telah ditetapkan berdasarkan skop kerja sebenar yang telah dilaksanakan perunding seperti mana yang telah dimuktamadkan dalam dokumen perjanjian (MOA);
  • Mengurus dan melaksanakan penyediaan tender untuk kontrak pengurusan fasiliti dari segi keperluan pelanggan, spesifikasi dan garis panduan yang ditetapkan;
  • Merancang dan melaksanakan projek pembaikan dan penyelenggaraan; dan
  • Melaksanakan verifikasi dan validasi keatas projek/kontrak pengurusan fasiliti untuk tujuan:-
    • Permohonan mula kerja di bawah Wang Peruntukan Sementara (WPS);
    • Penyelarasan Kelulusan Permohonan Perubahan Kerja (KPK), Arahan Perubahan Kerja (APK), Perubahan Kerja (VO), Kuantiti Sementara
      (KKS) dan Pelarasan Harga Kontrak (PHK);
    • Pemantauan kerja-kerja pengujian dan pentauliahan (Testing & Commisioning) oleh perunding;
    • Kelambatan dan Lanjutan Masa (EOT);
    • Permohonan Pendudukan Separa (CPO);
    • Perakuan Siap Kerja (CPC);
    • Pengesyoran Ganti Rugi Kerana Tidak Siap (LAD);
    • Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor;
    • Pemulangan Wang Jaminan Pelaksanaan (WJP) atau Bon Pelaksanaan; dan
    • Penyediaan Perakuan Akaun Muktamad.

AGENSI & PAUTAN LUAR


AGENSI & PAUTAN LUAR


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Hakcipta Terpelihara © Kementerian Dalam Negeri 2018
Paparan terbaik pada Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
dan Google Chrome dengan resolusi minima 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

Kemaskini Terakhir: 22 Mac 2024.
Jumlah Pelawat : 1077566

moha qrcode

Portal Rasmi Kementerian Dalam Negeri