telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

Malaysia sedia kongsi kejayaan sistem parol

CYBERJAYA, 19 Mac (Bernama) -- Malaysia bersedia untuk berkongsi pengalaman, kepakaran dan kejayaan Jabatan Penjara dalam pelaksanaan sistem parol dengan negara-negara yang berminat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kejayaan Malaysia mengurangkan kadar jenayah berulang daripada 9.03 peratus kepada 0.48 peratus sepanjang 10 tahun pelaksanaannya telah membuka mata banyak pihak termasuk negara-negara yang telah lama melaksanakan sistem itu.


Katanya beberapa negara seperti Jepun, Poland, Kanada telah menunjukkan minat, dan ada di antaranya telah menghantar pegawai bagi melihat sendiri pelaksanaan sistem parol oleh Jabatan Penjara.


"Kejayaan pelaksanaan sistem parol yang dimulakan sejak 2008 bukan hanya dilihat dalam aspek mengurangkan jenayah berulang tetapi turut mengambil kira keberkesanannya dalam menurunkan kos pengendalian banduan di penjara.


"Lebih manis, mereka yang berminat untuk belajar dengan kita adalah negara yang awalnya kita belajar daripada mereka serta terlebih dahulu melaksanakan sistem parol di negara masing-masing, " katanya pada sidang media selepas menyertai rakaman program bual bicara 'Orang Diparol' di Studio Al-Hijrah di sini hari ini.


Menurut Ahmad Zahid, sebelum pelaksanaannya, Kementerian Dalam Negeri telah melakukan kajian di Kanada, United Kingdom dan Australia pada 1994 sebelum ia diolah semula mengikut acuan Malaysia untuk dilaksanakan pada 2008.


Sejak itu, katanya seramai 19,637 banduan telah menjalani proses parol yang sebahagian besarnya kembali meneruskan kehidupan seperti orang lain dan diterima masyarakat.


Ahmad Zahid berkata antara faktor kejayaan sistem parol adalah penekanan kepada aspek keagamaan termasuk mewujudkan pusat tahfiz di penjara tertentu seperti di Kluang, Johor; Bentong, Pahang dan Padang Terap di Kedah, satu pendekatan yang memudahkan banduan ketika melalui proses parol di luar penjara.


"Golongan itu juga diberikan peluang yang luas untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat PhD, sekali gus meletakkan mereka pada satu tahap tertentu di mata masyarakat," katanya.


Program Bual Bicara 'Orang Diparol' atau ODP sebanyak 16 siri yang diterbitkan dengan kerjasama KDN itu akan disiarkan pada setiap malam Jumaat bermula 13 April depan.


-- BERNAMA 

 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 22 March 2024.
Visitor Count : 1077671

moha qrcode