telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

Sukatan Peperiksaan N17 KF

SUKATAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN (SUBJEK JABATAN) PEMBANTU PENGUATKUASA GRED N17 BAHAGIAN KAWALAN PENAPISAN FILEM DAN PENGUATKUASAAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI

1. Tarikh Sukatan Peperiksaan diluluskan : Oktober 2009

2. Matlamat Sukatan :

i. Untuk menentukan bahawa Undang-Undang Umum serta peraturan yang berkaitan dengan pentadbiran dan bersangkut paut dengan kerja ÔÇôkerja harian dalam pentadbiran dapat diketahui oleh semua Skim Perkhidmatan Pembantu Pengkuasa Gred N17

ii. Bagi membolehkan Pegawai-pegawai dalam Skim Perkhidmatan Pembantu Penguatkuasa Gred N17 untuk mempunyai pengetahuan asas mengenai Akta, Peraturan dan Manual yang berkaitan dengan tugas-tugas hakiki pegawai-pegawai yang berkenaan.

3. Tujuan Peperiksaan : Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi Pegawai-pegawai dalam Skim Perkhidmatan Pembantu Penguatkuasa Gred N17 lantikan terus.

4. Pegawai yang layak menduduki Peperiksaan : Pegawai-pegawai dalam Skim Perkhidmatan Pembantu Penguatkuasa Gred N17 yang belum disahkan dalam perkhidmatan.

5. Sukatan Peperiksaan (termasuk masa dan soalan)

BAHAGIAN I: PERINTAH AM, ARAHAN PERKHIDMATAN DAN PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM

Soalan-soalan yang akan ditanya kepada calon-calon adalah berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:

A. Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005

i. Syarat-syarat am lantikan dan perkhidmatan

ii. Tempoh percubaan dan perlanjutannya

iii. Pengesahan dalam jawatan dan kemasukan dalam perjawatan berpencen

iv. Penamatan kerja dan notis berhenti kerja

B. Perintah Am Bab B

i. Elaun-elaun kerana bertugas

ii. Kemudahan-kemudahan perjalanan

iii. Elaun-elaun kerana berkursus

iv. Elaun-elaun pelbagai

C. Perintah Am Bab C

i. Cuti yang diberi kerana perkhidmatan

ii. Cuti tidak berekod

D. Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993

E. Perintah Am Bab F

i. Rawatan perubatan untuk pegawai-pegawai

ii. Bayaran dan peraturan wad

F. Perintah Am Bab G

i. Waktu bekerja dan lebih masa

G. Arahan Perkhidmatan

i. Bab 1 ÔÇô Jabatan dan Orangramai

ii. Bab 3 ÔÇô Surat menyurat

iii. Bab 4 ÔÇô Fail memail

iv. Bab 5 ÔÇô Memelihara dan meyimpan rekod-rekod Kerajaan

v. Bab 7 ÔÇô Kelengkapan pejabat

H. Arahan Perbendaharaan

i. Mengawal terimaan dan bayaran dan menyimpan wang awam

- Am

- Terimaan

- Bayaran

ii. Acara mengenai barang-barang dan kerja-kerja

- Am

- Pembelian, Tender dan Kontrak

I. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

i. PKPA Bil. 1/9 Panduan Meningkatkan Kualiti Layanan Melalui Urusan Telefon

ii. PKPA Bil. 2/91 Panduan Pengurusan Mesyuarat dan Urusan Jawatankuasa Kerajaan

iii. PKPA Bil. 3/91 Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam

iv. PKPA Bil. 4/91 Garis Panduan Mengenai Strategi-Strategi Peningkatan Kualiti Dalam Perkhidmatan Awam

v. PKPA Bil. 7/91 Panduan Mengenai Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK)

vi. PKPA Bil. 8/91 Panduan Mengenai Prosedur Kerja dan Fail Meja

vii. PKPA Bil. 10/91 Panduan Mengenai Peningkatan Kualiti Perkhidmatan Kaunter

viii. PKPA Bil. 2/92 Panduan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Perkhidmatan Awam

ix. Lain-lain Pekeliling Kemajuan Awam yang dikeluarkan dari masa ke semasa

Soalan : 40 (aneka pilihan)

Masa : 1 jam

Calon-calon adalah dibenarkan merujuk kepada Peintah Am, Arahan Perkhidmatan, Arahan Perbendaharaan Pekeliling Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam yang berkenaan semasa peperiksaan.

BAHAGIAN II: BAHAGIAN KAWALAN FILEM

Soalan-soalan yang dikemukakan kepada calon-calon adalah berdasarkan kepada perkara-perkara seperti berikut:

Seksyen I :

A. Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620)

- Permula

- Lembaga Penapis

- Kawalan Filem dan Bahan Publisiti Filem

- Rayuan

- Kuasa Menteri

- Kuasa berhubung dengan penguatkuasaan, penyitaan, penangkapan

- Pelbagai

Seksyen II

A. Arahan Tetap Penguatkuasa (S.O.P)

- Permula

- Ibupejabat

- Risikan

- Operasi

- Siasatan

- Pendakwaan

- Barang Kes

- Pelupusan

- Pengurusan Senjata api dan peluru

- Rekod, format rekod , borang dan fail

- Perkara-perkara Am

Seksyen III

A. Akta dan Kaedah Yang Berkaitan

- Kanun Acara Jenayah (CPC)

- Bab 1 (Seksyen 1,2,3)

- Bab II (Seksyen 6,7,9)

- Bab III (Seksyen 15, 16, 17, 19, 20, 28)

- Bab V (Seksyen 38, 39, 40, 41, 42, 43)

- Bab VI (Seksyen 54, 55,56,57, 59,62, 63, 64, 65)

- Bab XIII (Seksyen 107, 108A,117,119)

- Bab XVIII (Seksyen 152, 153,154, 155,158,159,160,162,1653,164,165,166,167,170,172)

- Bab XIX (Seksyen 173,173A,174,175,176)

- Bab XXXVII (Seksyen 376,377)

- Bab XXXIX (Seksyen 395, 396)

Soalan : 40 (aneka pilihan)

Masa : 1 jam

Calon TIDAK DIBENARKAN merujuk mana-mana bahan rujukan semasa peperiksaan bagi Bahagian II.

6. Keputusan : Lulus/Kandas

7. Pengecualian : Calon-calon yang lulus mana-mana Bahagian adalah dikecualikan daripada mengambil semula Bahagian tersebut.

8. Pemeriksa akan dilantik oleh :

Bahagian I dan II Panel Subjek Lembaga Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Bahagian III Panel Subjek Jabatan Kementerian Dalam Negeri

9. Bahasa (Soalan dan Jawapan) : Bahasa Malaysia

10. Permohonan dikemukakan kepada :

Bahagian I dan II Urusertia Peperiksaan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Bahagian III Urusetia Peperiksaan Kementerian Dalam Negeri

11. Pusat peperiksaan akan ditentukan oleh :

Bahagian I dan II Urusetia Peperiksaan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Bahagian III Urusetia Peperiksaan Kementerian Dalam Negeri

12. Kekerapan Peperiksaan : 2 kali setahun

13. Tarikh akhir mengemukakan permohonan :

Bahagian I dan II 1 › bulan sebelum tarikh peperiksaan

Bahagian III 1 bulan sebelum tarikh peperiksaan

BAHAN-BAHAN RUJUKAN

Bahagian I

i. Perintah Am

ii. Arahan Perbendaharaan

iii. Tatacara Pengurusan Stor

iv. Pekeliling Perkhidmatan/Surat Pekeliling Perkhidmatan

v. Pekeliling Perbendaharaan/Surat Pekeliling Perbendaharaan

vi. Arahan Perkhidmatan

vii. Arahan Keselamatan

viii. Pekeliling-Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

ix. Penapisan Malaysia Bahagian III, IV, dan VI

x. Kanun Tanah Negara, 1956 Akta No. 56/1965

xi. Akta Kontrak 1950 Akta No. 136/1950

xii. Akta Pencegahan Rasuah 1961 Akta No. 571/1961

xiii. Delegation of Power Ordinance 1956

xiv. Interpretation Act, 1967 (Cetakan Semula 1981)

xv. Interpretation and General Clauses Ordinance 1948 (Cetakan semula 1979)

Bahagian II

I. Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620) termasuk Peraturan-peraturan yang dibuat dibawahnya.

II. Arahan Tetap Penguatkuasa (SOP)

III. Akta dan Kaedah yang berkaitan:- - Kanun Acara Jenayah (CPC) - Akta Keterangan 1950

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 19 April 2024.
Visitor Count : 1085549

moha qrcode