Awam | Warga KDN   phone white 03 - 8000 8000  email icon  pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Volunteer Smartphone Patrol (VSP)

Bersama Membanteras Jenayah melalui Volunteer Smartphone Patrol (VSP)

Volunteer Smartphone Patrol atau lebih dikenali sebagai VSP merupakan satu inisiatif baru Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mewujudkan kolaborasi dan kerjasama strategik mencegah jenayah bersama masyarakat tempatan sebagai mata dan telinga pihak polis.

Jika dahulu masyarakat boleh melaporkan jenayah melalui talian hotline PDRM dan perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS) tetapi melalui VSP, masyarakat kini boleh menyalurkan aduan/maklumat yang dilengkapi dengan elemen multimedia seperti gambar, video dan koordinat GPS lokasi kejadian.

VSP ini juga adalah satu daripada program di bawah National Blue Ocean Strategy (NBOS) dan PDRM telah dilantik oleh Kerajaan Malaysia sebagai agensi pelaksana program ini manakala Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) pula dilantik sebagai 'Initiative Owner'.

FAEDAH-FAEDAH MENGGUNAKAN VSP

Dapat memberi didikan dan kesedaran sivik kepada masyarakat dalam pelbagai sudut keselamatan seperti
  mencegah dan membanteras jenayah.
Dapat mengeratkan hubungan mesra di antara polis dan masyarakat. Sekali gus meningkatkan keyakinan
  masyarakat kepada pihak polis.
Dapat menanamkan sifat bertanggungjawab untuk bersama mencegah jenayah di kalangan masyarakat.

CARA-CARA MENGGUNAKAN VSP

vsp1 resize

vsp2 resize

vsp3 resize


Muat Turun Aplikasi VSP sekarang melalui pautan dibawah

Apple IOS
https://itunes.apple.com/my/app/volunteer-smartphone-patrol-vsp/id1118234031?mt=8

Android
https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.rv2


KESIMPULAN

Masyarakat diseru untuk bersama-sama memanfaatkan aplikasi VSP ini sepenuhnya bagi membantu pihak polis memerangi dan mencegah jenayah. Keamanan dan kesejahteraan negara adalah tanggungjawab bersama.


Masyarakat Dan Polis Mencegah Jenayah!

Agencies |

CLICK LOGO FOR SERVICES INFO

 PDRM  PENJARA  JIM  JPN  AADK  JPPM RELA AKSEM   new ipsom  APMM Logo 2  esscom

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  APMM Logo 2  JIM  AADK  jpn update  PENJARA  jppm update  esscom RELA  new ipsom