Objektif EKSA KDN
KDN akan terus menerajui sektor keselamatan dalam negeri dengan menerapkan amalan-amalan kerja terbaik, sentiasa melakukan penambahbaikan dan bekerja secara cekap, kolektif serta sistematik bagi mencapai objektif-objektif seperti berikut:
- Membudayakan inovasi dan penambahbaikan
- Penyampaian perkhidmatan yang Cepat, Tepat, Integriti (CTI) dan Produktif, Kreatif, dan Inovatif (PCI)
- Produktiviti Kementerian dipertingkat secara berterusan
- Persekitaran tempat kerja yang kondusif, bersih, selamat, dan selesa
- Warga kerja yang berintegriti