telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

KENYATAAN MEDIA MENGENAI PERASMIAN PANGKALAN SEMENANJUNG PASUKAN GERAKAN UDARA PDRM SUBANG

KENYATAAN MEDIA

MENGENAI PERASMIAN PANGKALAN SEMENANJUNG

PASUKAN GERAKAN UDARA PDRM SUBANG


1. Pada hari ini 19 Mac 2018, YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Dalam Negeri merasmikan Pangkalan Semenanjung Pasukan Gerakan Udara Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Subang, Kuala Lumpur.

 

2. Pangkalan yang moden dan canggih ini meliputi tapak seluas 40 ekar menempatkan 17 bangunan baru serta kemudahan hangar besar yang mampu memuatkan kapal terbang sebesar Bombardier Q400. Apron dan taxiway yang baharu juga mampu menerima kapal terbang komersil besar seperti Boeing 737-800.

 

3. Keselesaan warga PGU turut diutamakan menerusi kemudahan seperti Mess Pegawai, Rumah PERKEP dan fasiliti riadah seperti bangunan futsal berbumbung, padang bola sepak serta gelanggang tennis dan badminton.

 

4. Projek Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membina pangkalan ini telah dimulakan lima tahun yang lalu dan merupakan salah satu program relokasi fasiliti keselamatan negara dari Pangkalan Udara Kuala Lumpur di Sungai Besi. Pangkalan Semenanjung telah berjaya diserahkan kepada PDRM pada 28 Februari 2018.

 

5. Pangkalan Semenanjung melambangkan anjakan pemodenan besar untuk Pasukan Gerakan Udara PDRM seiring dengan peranan PGU dalam menjaga keselamatan negara dan ketenteraman awam serta penyediaan sokongan bagi unit polis di darat dan laut.

 

6. Majlis perasmian turut dihadiri oleh Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar bin Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan selaku Pengerusi Bandar Malaysia Sdn Bhd, YBhg. Dato’ Seri Alwi bin Hj Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Tan Sri Dato' Seri Mohamad Fuzi Harun, Ketua Polis Negara.

 

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

PUTRAJAYA

19 MAC 2018

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Blok D1, D2, D7 & D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran, Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 02 February 2023.
Visitor Count : 861508

moha qrcode