telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

KENYATAAN MEDIA DATO’ SRI ALWI BIN HJ. IBRAHIM KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN DALAM NEGERI MENGENAI PENYIARAN BERITA UTAMA BERTAJUK “MALAYSIAN TERRORIST LEADER” BERSAMA GAMBAR UMAT ISLAM SEDANG BERSOLAT TERAWIH

KENYATAAN MEDIA

DATO’ SRI ALWI BIN HJ. IBRAHIM

KETUA SETIAUSAHA

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

 

MENGENAI

 

PENYIARAN BERITA UTAMA BERTAJUK “MALAYSIAN TERRORIST LEADER”

BERSAMA GAMBAR UMAT ISLAM SEDANG BERSOLAT TERAWIH

YANG DISIARKAN OLEH AKHBAR HARIAN THE STAR BERTARIKH 27 MEI 2017

 

29 MEI 2017

 

 

1. Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 29 Mei 2017 (Isnin) telah memanggil ketua editor akhbar harian The Star ke KDN dan menyerahkan surat tunjuk sebab kepada akhbar berkenaan berhubung penyiaran berita muka hadapan bertajuk “Malaysian Terrorist Leader” disertai gambar umat Islam sedang bersolat terawih yang telah disiarkan pada 27 Mei 2017 lalu.

 

2. Kementerian amat dukacita akan tajuk berita itu pada halaman yang turut dimuatkan gambar yang tidak mempunyai kaitan sama sekali dengan berita berkenaan dan sangat tidak sesuai untuk disiarkan pada halaman yang sama kerana ia mengelirukan, menimbulkan salah faham dan prejudis terhadap umat Islam yang mungkin akan dikaitkan dengan keganasan. Ia juga secara tidak langsung mempersendakan Agama Islam.

 

3. Akhbar harian The Star diberikan tempoh 7 hari untuk menjawab surat tunjuk sebab mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadapnya di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 termasuk digantung permit penerbitan.

 

4. Kementerian mengingatkan semua akhbar untuk bersama-sama memastikan kandungan penerbitan tidak mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti dan boleh memudaratkan ketenteraman awam.

 

5. Pihak akhbar bertanggungjawab memastikan perpaduan dan kesejahteraan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan budaya sentiasa terpelihara.

 

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Putrajaya

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 25 April 2024.
Visitor Count : 1088087

moha qrcode