telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

KENYATAAN MEDIA MENGENAI PERANAN LEMBAGA PENAPIS FILEM DAN ISU RAYUAN FILEM BEAUTY AND THE BEAST

KENYATAAN MEDIA

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

MENGENAI

PERANAN LEMBAGA PENAPIS FILEM DAN ISU RAYUAN FILEM BEAUTY AND THE BEAST 29 MAC 2017

 

Kementerian Dalam Negeri mengambil perhatian dan ingin memberi penjelasan berhubung isu penapisan filem Beauty and The Beast yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak akhir-akhir ini. Ini termasuk ulasan di media massa dan bantahan beberapa badan bukan Kerajaan (NGO) terhadap tayangan filem tersebut yang dijadualkan mulai pada 30 Mac 2017.

 

Lembaga Penapis Filem (LPF) berperanan menonton tapis filem-filem sebelum ditayangkan kepada umum di negara ini sebagaimana kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta Penapisan Filem 2002. Dalam menjalankan tanggungjawabnya melaksanakan tonton tapis dan menetapkan klasifikasi filem, LPF diberi kuasa untuk :

 

  1. meluluskan filem tanpa pengubahan;
  2. meluluskan filem dengan apa-apa pengubahan; atau
  3. enggan meluluskan tayangan filem.

 

LPF juga menggunakan Garis Panduan Penapisan Filem, Kementerian Dalam Negeri yang memberi tumpuan kepada empat (4) aspek utama iaitu:

 

  1. Keselamatan dan ketenteraman awam;
  2. Keagamaan;
  3. Sosiobudaya; dan
  4. Ketertiban dan ketatasusilaan.

 

Bidang kuasa LPF adalah terhad kepada filem-filem yang ditayangkan secara konvensional seperti di panggung dan saluran televisyen. Sebaliknya, kawalan ke atas kandungan yang ditayangkan atau disebarkan secara online menggunakan teknologi internet adalah di bawah seliaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

 

Berhubung filem Beauty and the Beast, Lembaga Penapis Filem (LPF) telah menonton tapis filem tersebut pada 17 Februari 2017. Selanjutnya, LPF telah memberikan keputusan Lulus Dengan Pengubahan (LDP) melibatkan tiga (3) potongan dan satu (1) dialog disenyapkan (mute). Pengubahan tersebut dibuat atas asas ianya mengandungi elemen-elemen mempromosi gaya hidup gay.

 

Isu berkaitan dengan penangguhan tayangan filem ini di Malaysia adalah merupakan keputusan pihak pengeluar iaitu Walt Disney Pictures dan pengedar filem, Buena Vista Columbia Tristar Films (M) Sdn Bhd. Keputusan penangguhan tayangan filem berkenaan tiada kaitan dengan LPF.

 

Sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Penapisan Filem 2002, mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan LPF boleh mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Rayuan Filem (JKRF) dalam masa 30 hari dari tarikh keputusan LPF. Pihak pengeluar filem iaitu Walt Disney Pictures, Amerika Syarikat melalui syarikat Buena Vista Columbia Tristar Films (M) Sdn Bhd telah mengemukakan rayuan kepada JKRF pada 20 Mac 2017.

 

Selanjutnya, JKRF telah menonton tapis filem tersebut dan menimbang rayuan daripada pihak pengeluar filem pada 21 Mac 2017. Keputusan JKRF ialah memberi kelulusan untuk tayangan filem tersebut di Malaysia di bawah klasifikasi P13 tanpa potongan (Lulus Bersih dengan klasifikasi P13) atas alasan elemen gay dalam filem tersebut adalah ringan dan tidak menjejaskan elemen-elemen positif yang dipaparkan dalam filem tersebut.

 

JKRF ialah sebuah jawatankuasa yang bebas daripada LPF yang ditubuhkan berdasarkan Akta Penapisan Filem 2002 dan tidak terikat dengan keputusan LPF.JKRF diperuntukkan kuasa untuk mengesahkan, mengubah atau mengakas keputusan LPF.

 

Oleh yang demikian, pandangan bahawa LPF telah membuat u-turn atau mengubah (reverse) keputusannya dalam menonton tapis filem Beauty and The Beast adalah tidak berasas. Kewujudan LPF dan JKRF secara berasingan berdasarkan undang-undang iaitu Akta Penapisan Filem (2002) menunjukkan terdapatnya elemen check and balance dalam proses penapisan filem di negara ini.

 

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

PUTRAJAYA

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 22 March 2024.
Visitor Count : 1077278

moha qrcode