telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

Kenyataan Media Sempena Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS-Induk) Bil. 1/2017

KENYATAAN MEDIA BERSAMA YAB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID HAMIDI, TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA MERANGKAP MENTERI DALAM NEGERI DAN YAB DATUK SERI PANGLIMA MUSA BIN HAJI AMAN, KETUA MENTERI SABAH BERSEMPENA MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK PENGURUSAN WARGA ASING DI SABAH (JKPWAS-INDUK) BIL. 1/2017
 
Antara fokus Kerajaan melalui Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS) adalah untuk menangani isu keberadaan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang telah sedia ada di negeri Sabah dengan meningkatkan operasi bersepadu antara agensi penguatkuasaan di Sabah dan mempercepatkan tindakan pengusiran PATI ke negara asal mereka.
 
JKPWAS-Induk melalui Jawatankuasa Kecil Penguatkuasaan telah menggiatkan lagi tindakan penguatkuasaan ke atas keberadaan PATI di Sabah. Berdasarkan rekod Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sabah (MKN), jumlah keseluruhan PATI di Sabah yang telah diusir sejak tahun 1990 sehingga 3 Mac 2017 adalah seramai 553,692 orang. Bagi tahun 2017 sahaja, jumlah pengusiran sehingga 3 Mac 2017 adalah seramai 1,120 orang.
 
Pada masa yang sama, Kerajaan memandang serius berhubung kes-kes pengeluaran dan pengedaran kad pengenalan palsu yang masih dilakukan oleh sindiket tertentu. Sungguhpun kes sebegini merupakan pemalsuan dokumen dan dokumen yang dikeluarkan tidak sah kerana tidak akan wujud dalam sistem dan rekod pendaftaran Negara, namun tindakan lebih agresif dan tegas perlu dilakukan kerana ia bukan sahaja melibatkan penipuan kepada penerimanya tetapi turut menjejaskan nama baik Kerajaan. Justeru, untuk meningkatkan penguatkuasaan, Kerajaan melalui JKPWAS memutuskan penubuhan Pasukan Khas yang akan menjalankan siasatan terperinci ke atas kumpulan yang terlibat dengan sindiket pengeluaran kad pengenalan palsu seperti yang berlaku di Sandakan dan Tawau, Sabah baru-baru ini. Siasatan lebih menyeluruh perlu digerakkan sehingga individu-individu yang bertindak sebagai dalang sebenar dapat dikenal pasti dan diambil tindakan undang-undang.
 
Selain itu, Kerajaan turut memberi fokus akan permasalahan kemasukan PATI terutamanya di perairan negeri. Mengambil kira faktor keselamatan dan kepentingan umum, Kerajaan telah mengambil inisiatif dengan meningkatkan kawalan di pintu masuk di negeri Sabah. Tindakan proaktif telah diambil oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dengan langkah-langkah seperti pengambilan maklumat biometrik bagi setiap warga asing yang masuk dan keluar dari negeri Sabah serta pemasangan alat image recognition system di setiap pintu masuk di negeri Sabah.
 
Dalam pada itu, Kerajaan juga memutuskan bahawa aktiviti transhipment telah dibuka semula berkuat kuasa pada 1 Februari 2017 bagi membantu meningkatkan kembali kegiatan ekonomi di Sabah. Ianya melibatkan aktiviti normal trade iaitu import dan eksport barangan sahaja (tidak termasuk perdagangan petroleum).   Namun, Kerajaan masih mengekalkan larangan penggantungan bagi aktiviti Barter Trade.

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 19 April 2024.
Visitor Count : 1085579

moha qrcode