telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

Tatacara Permohonan Mengadakan Pertunjukan Piroteknik

KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
 
TATACARA PERMOHONAN MENGADAKAN PERTUNJUKAN PIROTEKNIK
21JANUARI 2017
 
 
1. Kenyataan media ini bertujuan memaklumkan kepada agensi kerajaan, syarikat pengendali piroteknik dan orang ramai berhubung tatacara permohonan mengadakan pertunjukan piroteknik bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
2. Setiap permohonan untuk mengimport dan mengadakan pertunjukan piroteknik adalah tertakluk di bawah Akta Bahan Letupan 1957 di manapemohon perlu mendapatkan Kelulusan Dasar daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan memohon permit daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
 
3. Setiap pertunjukan bunga api hendaklah menggunakan syarikat yang berdaftar dengan KDN dan hanya piroteknik jenis Theatrical Pyrotechnic Effect (TPE) danDisplay Shell Firewoks (Bunga api) sahaja yang dibenarkan.
 
4. Bagi agensi kerajaan yang ingin membuat pertunjukan bunga api secara In-House tanpa menggunakan syarikat yang berdaftar, agensi hendaklah menggunakan juruletup yang terlatih dan bertauliah di dalam bidang bahan letupan jenis piroteknik dan menggunakan bunga api yang telah lulus pemeriksaan oleh PDRM serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Walau bagaimanapun, KDN ingin menasihatkan semua agensi kerajaan agar menggunakan khidmat syarikat yang berdaftar dengan KDN.
5. Permohonan lengkap hendaklah dikemukakan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh pertunjukan dengan menggunakan sistem e-Pyrodi dalam laman sesawang KDN dengan mengemukakan surat sah lantikan daripada pihak penganjur, butiran penuh majlis (main organizer), juruletup yang bertauliah dan terlatih serta lokasi dan premis yang sesuai dan selamat untuk penyimpanan bahan piroteknik.
 
6. Jenis majlis / sambutan yang dibenarkan adalah seperti berikut:-
 
(a) Sambutan perayaan peringkat kebangsaan;
(b) Majlis atau sambutan yang memanfaatkan masyarakat; dan
(c) Sambutan majlis korporat yang mempunyai nilai komersial.
 
7. Jenis majlis / sambutan yang tidak dibenarkan adalah seperti berikut:-
 
(a) Pertunjukan bersifat peribadi (perkahwinan, sambutan hari jadi
dan sebagainya);
(b) Pertunjukan berunsur keagamaan; dan
(c) Pertunjukan berunsur politik.
 
8. Syarat-syarat permohonan piroteknik ini juga boleh diperolehi di laman sesawang KDN iaitu www.moha.gov.my.
 
9. Hanya permohonan yang memenuhi syarat-syarat dan tidak menjejaskan faktor-faktor keselamatan seperti pemilihan lokasi yang bersesuaian, tempoh masa yang munasabah dan pematuhan lain-lain aspek keselamatan tapak pertunjukan akan dipertimbangkan dan diluluskan.
 
10. Syarikat antarabangsa/luar negara tidak dibenarkan untuk mengimport dan mengadakan pertunjukan piroteknik kecuali jika bukti/dokumen sah dikemukakan yang menunjukkan bahawa terdapat usahasama dengan syarikat pengendali piroteknik tempatan.
 
11. Adalah menjadi satu kesalahan kepada mana-mana pihak yang tidak mematuhi peraturan ataupun undang-undang yang telah ditetapkan dan boleh dikenakan hukumansehingga tujuh (7) tahun penjara atau denda RM10,000.00 atau kedua-duanya sekali sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Bahan Letupan 1957. 
 
12. KDN sentiasa menambahbaik terma-terma dan prosedur di dalam garis panduan seiring dengan perkembangan semasa serta mengambilkira pandangan stake holdersdan ingin mengingatkan masyarakat termasuk syarikat pengendali piroteknik dan mana-mana agensi Kerajaan Persekutuan mahupun agensi negeri agar sentiasa mematuhi dan meneliti semua garis panduan dan kriteria yang telah dikeluarkan oleh pihak KDN serta mematuhi arahan oleh pihak berkuasa PDRM dari semasa ke semasa bagi memastikan aspek keselamatan dijadikan keutamaan di dalam setiap pertunjukan piroteknik / bunga api yang hendak dilaksanakan.
 
 
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Putrajaya
 
Untuk maklumat lanjut mengenai kenyataan media ini sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat di talian 03 – 88868533 / 3406 / 8451 / 8524.
 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 19 April 2024.
Visitor Count : 1085386

moha qrcode