telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

Pindaan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan Dan Perceraian) 1976 [Akta 164]

KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
 
Pindaan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan Dan Perceraian) 1976 [Akta 164]
26 OGOS 2016
 
 
Kementerian Dalam Negeri ingin merujuk kepada ucapan YAB Perdana Menteri semasa merasmikan sambutan Hari Wanita Peringkat Kebangsaan 2016 berkenaan dengan pindaan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164] yang mana Akta ini berkenaan perkahwinan monogami bagi orang bukan Islam yang merangkumi upacara dan pendaftaran perkahwinan serta pendaftaran perceraian di dalam Malaysia. 
 
Penggubalan pindaan tersebut adalah berdasarkan tiga prinsip utama yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri bagi memastikan tuntutan-tuntutan seperti hak jagaan dan tuntutan nafkah anak-anak hingga ke peringkat pendidikan tertinggi adalah terpelihara dan terjamin. Pindaan ini juga bermatlamat untuk memberi lebih keadilan bagi kedua-kedua pasangan yang telah mendaftarkan perkahwinan mereka secara sivil serta membolehkan penyelesaian apa-apa obligasi di bawah undang-undang yang mengawal perkahwinan sivil.
 
Selain itu, pindaan Akta 164 dijangka mampu memberi solusi terbaik terhadap isu kelompangan perundangan bagi menangani perkara-perkara berbangkit berhubung penukaran agama oleh salah seorang pasangan bukan Islam yang berkahwin di bawah undang-undang sivil yang mana telah menimbulkan kesulitan kepada kedua-dua pasangan.
 
Pindaan Akta ini dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat, Parlimen Ketiga Belas Tahun 2016.
 
 
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Putrajaya
 
 
Untuk maklumat lanjut mengenai kenyataan media ini sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat di talian 03 – 88868533 / 3406 / 8451 / 8524.  
 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 25 April 2024.
Visitor Count : 1088157

moha qrcode