telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

KDN TIADA UNIT PERISIKAN

KENYATAAN MEDIA

YBHG. DATOÔÇÖ ALWI HAJI IBRAHIM

TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA KANAN (KESELAMATAN)

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

mengenai

KDN TIADA UNIT PERISIKAN

5 SEPTEMBER 2014

 

1.    Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan wujud Unit Risikan Khas Bahagian Keselamatan Negara di kementerian ini yang memberi kuasa kepada anggotanya untuk menjalankan aktiviti penguatkuasaan atau kutipan wang daripada mana-mana pihak. 

2. ┬á ┬áHal ini adalah susulan seorang kakitangan sebuah hotel di Melaka yang dipanggil polis bagi memberi keterangan berhubung pemilikan kad kuasa ÔÇÿperisikÔÇÖ Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang tidak wujud.┬á

3.    Perkara ini timbul apabila lelaki yang memiliki kad kuasa tersebut menunjukkan kad berkenaan kepada anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dalam sebuah serbuan di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya awal pagi Sabtu lalu.

4.    Lelaki berkenaan telah menunjukkan kad tertera jawatannya sebagai perisik KDN dan mendakwa memperoleh kad kuasa tersebut daripada KDN pada April lalu.

5.    Kes seumpama ini pernah dilaporkan pada tahun 2011 dan KDN telah mengeluarkan kenyataan berhubung perkara tersebut.

6.    KDN ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan mana-mana pihak yang tampil memperkenalkan diri menggunakan kad kuasa kementerian bagi tujuan tindakan tertentu. 

7.    Semua pegawai dan kakitangan KDN hanya menggunakan kad rasmi yang dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Keselamatan Malaysia sebagai tanda pengenalan. 

8.    Sehubungan itu, orang ramai diminta tampil membuat laporan polis jika mempunyai maklumat mengenai tindakan mana-mana individu yang menyamar menggunakan pengenalan kad kuasa KDN.

 

#####

 

 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 22 April 2024.
Visitor Count : 1087122

moha qrcode